SYAITAN.. KAU DAH LANGGAR MAK AYAH AKU.

Assalamualaikum..

2,3 hari lepas ayah cheq ada upload gambar keretanya kemek - kemek dan calar- balar kat bahagian bawah kereta. Bila ditanya dia kata eksiden. Tanya lagi eksiden dengan apa? Ayah cheq jawab eksiden dengan hantu. Dua, tiga kali jugak cheq tanya, ayah tetap jawab eksiden dengan hantu. 

Lepas tu kakak cheq mencelah marahkan ayah sebab balik rumah tengah malam. Sebenarnya malam kejadian tu emak dan ayah pergi rumah kakak. Kakak dah suruh emak ayah tidur ja kat rumah dia sebab dah tengah malam, ayah sibuk nak balik. Bimbang la sebab ayah tu mata dia dah tak berapa nampak. Lepas tau depa eksiden, kami adik-beradik marah la. Ingatkan eksiden tu memang sebab mata ayah tak nampak.

Rupa-rupanya memang betul hantu setan yang langgar kereta ayah cheq. On the way nak balik rumah tu, (lebih kurang 1 kilometer dari rumah) semasa nak lepas jambatan tandop yang pertama, tiba- tiba sebijik moto datang langgar kereta ayah di sebelah penumpang depan iaitu tempat emak cheq duduk. Langgar kuat sampai tertolak kereta ayah cheq ke tengah jalan dan berpusing kereta ayah cheq tu. Nasib baik ayah cheq tak panik sangat, dia dapat control kereta tu, walaupun dah terlanggar birai jalan tar. Kalau tak jatuh ke sungai la jawabnya. Ayah cheq jugak yakin yang dah terseret sekali moto tu. Mengucap panjang emak ngan ayah cheq.

Selepas berhenti kereta, ayah cheq turun check. Masa tu jalan memang sunyi sepi. Sebijik kereta pun takdak lalu. Yang seramnya, memang langsung takdak kesan pelanggaran pun atas jalan tu. Darah ka, kaca ka, moto pun takdak. Ayah periksa bawah kereta dia pun memang takdak apa, sedangkan ayah cheq yakin memang dia ada heret motor tu sekali. Kereta ayah pun takde kemek, walhal kalau ikutkan moto tu langgar kuat keta ayah cheq. Cuma calar dan kemek bahagian bawah kereta itupun sebab terseret birai jalan tar. Emak ngan ayah dah meremang bulu roma. Terus pusing kereta balik rumah.

Sampai kat rumah, ayah cheq masih tak puas hati. Disebabkan sifat kemanusiaan yang tinggi, ayah ajak mak pergi sekali lagi kat tempat tu. Masa tu dah pukul 1 pagi lebih. Emak memang takmau pergi dah sebab memang dah rasa lain tapi takkan nak biarkan ayah pergi sorang. Jadi emak ikut sekali.

Sampai kat tempat tu, nampak sebijik moto parking tepi sungai. Tak jauh dari moto tu, ada sorang laki sedang memancing. Sambil duk suluh tengah jalan, ayah pergi ke laki tu. Emak tunggu dalam keta ja, sambil mulut kumat kamit baca yasin. Sampai kat laki tu, ayah tanya "lama dah ka duk mengail kat sini?" Laki tu jawab, "baru sat ja". Jawab pun tak toleh arah ayah. Ayah tanya lagi " ada nampak ka dengaq apa- apa dak tadi?". Laki tu jawab sepatah ja "dak". Masa tu ayah kata, kat tempat tu bau busuk macam bangkai. Emak dalam kereta dah melambai-lambai ajak ayah balik.

Esok paginya, emak ngan ayah lalu jalan tu sekali lagi. Memang takdak kesan apapun. Ayah cheq ada cerita dan tanya orang-orang kat situ pasal hal ni. Rupanya kat situ memang keras tempatnya. Dulu ada sebuah kereta jatuh dalam sungai kat situ. Semua dalam kereta tu meninggal dunia. Ada orang budak muda nak balik rumah lalu situ. Masa tu dah nak Maghrib, hujan renyai-renyai. Balik rumah rasa sakit kat bahu berhari-hari. Pergi jumpa ustaz rupanya ada 'sesuatu' duk bertenggek atas bahu dia. 

Alhamdulillah, nasib baik la tak jadi perkara buruk kat mak ayah cheq. Masih panjang lagi umur depa. Macam mak kata, belum sampai lagi masa depa nak tinggalkan dunia ni.  Nanti dah sampai masanya, sesaat pun tak lambat. Sayu hati cheq dengar mak kat gitu.

Di alam dunia ni, bukan kita ja yang hidup. Hantu syaitan ni tunggu masa nak menganggu dan menyesatkan kita ja. Kita sebagai orang Islam ni kena sentiasa beringat. Jangan terlalu leka dengan dunia ni.

#cerita benar ini dicerita oleh emak cheq melalui perbualan telefon. Walaupun bersembang dalam telefon, memang rasa seram dengan bulu roma meremang. Duk tengah mengarang ni pun masih duk rasa seram sejuk lagi.
Kejadian tu berlaku di jalan Simpang Empat - Tambun Tulang, Perlis.




12 comments:

  1. Allah.. Mujur Allah melindungi emak dan ayah farhanah..
    alhamdulillah xde apa..

    ReplyDelete
  2. ala.. tertinggal perkataan mama lak..
    kalut sangat menaip.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. Eh rasanya Simpang 4 tu kampung adik ipar akak tu...tp x ingat kampung mana satu..

    ReplyDelete
  4. Seram nya..jalan mana tu??mujur la orang tua tak cedere ke apa..

    ReplyDelete
  5. uii mama seramnya baca, apapun syukurlah mak ayah mama selamat semuanya..

    ReplyDelete
  6. alahai..ngerinya..kalau saya dah pengsan gaknya...alhamdulillah..mak ngan ayah mama selamat

    ReplyDelete
  7. Allahuakbar sebelum ni dok baca dalam mastika ja, ni first time dengar cerita dari kawan yang real punya story, berani nya ayah kak ann pi tanya budak yang memancing tuh...eiii seram aih...

    ReplyDelete
  8. Ya Allah, mujur mak ayah takde apa kak.. takut pulak dengar huhu

    ReplyDelete
  9. baca ni pun dah seram. Alhamsulillah la mak & ayah mama farhanah takdak apa2 :)

    ReplyDelete
  10. seramnya mama.. alhamdulillah mak dan ayah mama selamat..

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.