OH DURIAN

Assalamualaikum...

Rasanya dah lebih seminggu cheq mengadu kat husband, teringin nak makan durian. Baru malam ni dia bawak balik durian. Tu pun bawak balik sebiji durian yang kecik. Bila ditanya katanya durian mahal lagi. Sebiji kecik tu pun harganya 15 rial.

Setelah dikopek dapatlah beberapa ulas ja isinya. Memang manis sangat rasanya. Patut mahal harganya, durian gred A ni. Nama durian ni adalah durian kunyit.



Dengan isinya yang tak berapa nak banyak tu kat, cheq berebut makan dengan Diyanah dan Damia. Kedua-duanya boleh dikategorikan sebagai hantu durian jugak. Husband cheq dan si kakak Dinah tak berapa nak layan sangat durian ni.




Tak puas wei makan durian kali ni. Kalau dulu masa duk kat Mantin, Negeri Sembilan, sampai tak termakan durian. Orang kampung asyik duk bagi ja. Sampaikan rumah pun berbau durian. Sekarang ni baru rasa susah, nak makan kena cari sendiri.

4 comments:

  1. Musim sebenar durian belum tiba lagi.
    Tunggu lepas raya nanti.

    ReplyDelete
  2. mak mentua ekin duk teringin nak makan durian hihihihi

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.