REZEKI DI TENGAHARI

Assalamualaikum..

Hari minggu adalah hari untuk cheq jadi surirumah. Bestnya dapat luangkan masa dengan anak-anak dirumah, walaupun  penatnya melebihi orang kerja di ofis. Pagi tadi husband cheq balik kerja ada belikan kuih-muih, jadi cheq dah tak buatkan sarapan.

Tengahari ni pun takdak lah keluar cari lauk lagi. Masak ja apa yang ada. Cheq memang masak awal sebab anak-anak cheq ni tak terjangka. Tiba-tiba ja boleh minta nak makan nasi. Satu hal plak nak masak dalam keadaan tergesa-gesa ni. 

Cheq ni takdak lah pandai sangat bab masak-masak ni. Masak pun main campak-campak ja. Tanpa gangguan daripada anak-anak, maka siaplah hidangan tengahari kami sekeluarga.

Sotong goreng favourite anak-anak

Cendawan shitake masak bersama sos tiram

Ikan bakar dan cili potong

Seronok tengok husband dan anak-anak makan dengan seleranya. Hilang penat lelah cheq memasak. Cheq plak yang dah kenyang. =)

4 comments:

  1. Selalunya kalau kita yg masak memang tgok org makan jadi kenyang

    ReplyDelete
  2. Sedap! Seronok bila tengok orang makan bersungguh masakan kita :)

    ReplyDelete
  3. masak simple itu yang sedap

    ReplyDelete
  4. best kan bila apa yang kita masak walaupun simple, diaorang makan dengan berselera dan habis..

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.