BUDAK MAUT DIPATUK ULAR

Assalamualaikum...

Kota Bharu: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut dipercayai dipatuk seekor ular di betis kiri di perkarangan Sekolah Kebangsaan Dato Hashim 1, Pengkalan Chepa, jam 10.30 pagi tadi.

Mangsa, Nuri Nadirah Ruslan menghembuskan nafas terakhirnya ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa.



Ketika waktu rehat, mangsa bermain dengan rakannya di kawasan sekolah dan di percayai di patuk ular.

Ibu mangsa, Wan Nor Izzatul Azwana Wan Mohamad, 28, berkata, ketika kejadian dia berkata di tempat kerja sebelum dimaklumkan pihak sekolah anak sulungnya pengsan di dalam kelas.

"Saya bergegas ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa dan melihat anak sudah tidak sedarkan diri", katanya di sini, hari ini.

...........................................................................................

Sekolah ni berdekatan dengan tempat kerja cheq. Kalau ada kematian mengejut begini, pihak klinik wajib memaklumkan kes ini kepada pihak polis. Pihak bomba dan perhilitan jugak dimaklumkan dan usaha mencari binatang bisa tersebut masih dijalankan.

Sayu dan sedih hati cheq bila terima berita ni tadi. Terus terbayang-bayang wajah anak-anak cheq. Macamana perasaan ibubapa mangsa ni? Pagi tadi dihantar ke sekolah dalam keadaan sihat dan ceria tapi tengaharinya hanya tubuh kaku dan pucat menanti mereka. Semoga ibubapa mangsa tabah hadapi dugaan ini. 

Cheq pun selalu dan berulang-kali pesan kat Dinah, jangan main di kawasan belakang sekolah atau kat padang. Duduk ja la kantin waktu rehat tu. Sekarang ni musim panas, segala binatang keluar cari tempat yang sejuk. Kalau tak terserempak dengan binatang berbisa pun, kutnya ada bahaya yang lain. 

2 comments:

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.