KHASIAT LIMAU NIPIS

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ





Kesian limau nipis, sejak lemon popular, jarang dah orang sebut-sebut pasal limau nispis. Padahal orang-orang zaman dulu lebih kerap gunakan limau nipis dari lemon. Banyak khasiat limau nipis ni. Bila google berderet. Antaranya :-

1. Merawat penyakit darah tinggi
Caranya : ambil sebiji limau nipis dan perah airnya dicampurkan dengan segelas air dan gula secukup rasa.

2. Suara menjadi merdu
Ambil sari air limau nipis dicampurkan dengan sedikit kapur sirih, madu satu sudu teh dan sebuku garam kasar, campurkan semuanya dan minumlah seminggu sekali. Insyaallah suara anda bertambah sedap di kala bercakap, membaca Al-Quran, berazan, berzanji dan menyanyi.

3. Mengatasi kurang darah
Sediakan sebiji kuning telur, sesudu madu, air limau nipis sebiji, segengam daun bayam merah yang terlebih dahulu ditumbuk dan diperah airnya, campurkan semua dan minumlah setiap pagi dan petang. Insyaallah dalam masa 3 hari, akan nampak lebih sihat dengan wajah kemerahan.

4. Mengempiskan perut
Digunakan masa pantang atau perut itu sedia lama buncit, maka bolehlah guna petua ini. Ambil air perahan limau nipis dicampurkan dengan air kapur sirih dan minyak kayu putih. Campurkan semuanya dan disapu di bahagian perut dan pinggang, belakang serta paha. boleh juga digantikan dengan campuran kapur sirih dengan asam jawa.

5. Melembutkan tangan dan muka. 
Ambil air perahan limau bersama-sama keratan buah limau nipis itu dan tenyehkan atau sapu pada bahagian muka terutamanya wajah yang berminyak dan pada tangan anda. Biarkan sepuluh minit, cucilah dengan air bersih. Tangan bertambah lembut dan wajah pun tidak berminyak lagi.

6. Kalau batuk kuat.
Ambil air perahan limau nipis dicampurkan dalam air suam dengan sebuku garam kasar serta secamca madu asli, minumlah setiap kali rasa hendak batuk. Bila lepas makan pulak kumurlah dengan air yang bercampur air limau nipis.

7. Ramuan memulihkan syawat
Air limau nipis campur dengan sebiji telur ayam kampung yang dimasak tiga suku masak, masukkan serbuk lada dan makanlah pada waktu pagi selang sehari selama seminggu.

8. Ramuan Mandi
Untuk ramuan mandi bunga atau mandi biasa boleh gunakan perahan air limau nipis sementara buahnya dibelah dua dan digosok pada badan yang berdaki atau gatal. Badan akan berbau harum, bersih dan segar.


Sharing is caring. 
Pepandai ja cheq share petua ni tapi cheq pun tak ikut. Padahal semua bahan-bahan mudah didapati dan murah ja. Selamat mencuba.



























7 comments:

  1. selamat pagi..
    tengok limau je..mulut dah rasa lain mcm dah nie...

    ReplyDelete
  2. bagus ni..ada jugak yang sy tak tau khasiatnya tu...

    ReplyDelete
  3. sy suka limau segala jenis limau.. heheh limau nipis klu masak mesti letak terutama masak meggi..kihkihkih limau kasturi suka buat air n limau purut buat mandi wangi jer badan lepas tu xyah pakai bedak2 or minyat wangi bagai dh.. hehehe

    ReplyDelete
  4. bagus info nih. tapi eyja xsuka sangat makan makanan yg masam2 nih. kenapa ntah

    ReplyDelete
  5. suara jadi merdu ? okay nak amalkan.. ahahah..

    ReplyDelete
  6. terima kasih share mama. ^^, kita suka limau ais biasanya. hehehhee

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.