DIPAKSA CUTI

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Cheq masih lagi bercuti sempena hari raya haji ni. Tapi masa dihabiskan dalam rumah ja. Memang tahun ni giliran cheq bercuti, tapi diatas sebab tertentu cheq taknak ambik cuti. Nak cuti habis-habisan bulan 11 nanti, cuti sekolah. 

Salah satu sebabnya cheq taknak cuti raya ni adalah kerana husband cheq tak bercuti. Tak kemana jugak kalau cheq ja yang cuti. Jadi baiknya, dua-dua sekali tak cuti. 

Sebab musabab yang keduanya, cheq punya penganti cuti telah dicantas oleh kawan sekerja sendiri. Yang tu paling sakit hati. Sejak turun-temurun lagi, cheq dan penganti cheq tu bekerjasama dalam bab cuti-cuti ni. Yang penganti cheq tu ingatkan si dia ni cuti sebelum raya sebabnya sebulan awal si dia ni dah isi borang cuti. Dah tu bila cheq canang nak cuti, si dia ni boleh buat derkkk ja. Ok, takpe. Walaupun nampak I tak kisah tapi sebenarnya I kisah sangattt...

Disebabkan cheq dah sakit hati, cheq batalkan cuti walaupun ada member lain nak tolong gantikan. Tiba-tiba cheq punya kerani bagitau, kalau cheq tak cuti cheq kena keluar kerja menyiasat di hari raya ganti pegawai lain. Ohhh no..., itu bukan bidang cheq lagi. Dah lama tinggal pun dari tahun 2007 lagi. Maunya teraba-raba balik. Terus cheq isi borang cut balik. Nampak tak betapa selfishnya cheq ni. Huhuhu..

Akhirnya dapat la cuti 5 hari. Dah ditolak cuti umum raya haji campur hari minggu, cuti berekod hanya 2 hari. Halamakkk...banyak lagi cuti cheq ni. Tahun ni semua plan cuti-cuti Malaysia tak menjadi disebabkan komitmen husband cheq sebagai seorang guru kembali semula. Husband cheq lagi dasyhat cutinya, langsung tak terusik.



Moga-moga bulan November ni dapat la bercuti. Kalau tak pergi tempat-tempat peranginan pun balik jumpa emak ayah. Bulan Disember cuti dah beku, sebab standby untuk banjir. 

4 comments:

  1. alahai sshnya cuti tak sama..:)

    ReplyDelete
  2. salam aidil adha mama..samalah kak ana pun cuti duk rumah je ni,cuaca tak mengizinkan nak jenjalan,last2 masak makan je dengan keluarga :)

    ReplyDelete
  3. oh, asben mama ckgu ke. baru tau. hehehehe. adudu, boleh pula jadi gitew. xpela. ada hikmah la tu kan

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.