REMEHNYA NAK BUAT CUKAI JALAN

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selama ni cheq hanya tahu bawak kereta ja.  Kalau disuruh bubuh angin tayar kereta pun cheq tak tau. Dua hari lepas cukai jalan kereta cheq dah tamat tempoh. Jadi, memanglah kena perbaharuinya. Cheq serahkan kepada husband cheq uruskan hal ni.

Kalau boleh memang nak cari tempat yang boleh dapat lagi murah. Husband cheq pun banyak bertanya rakan-rakannya. Rakannya telah suggest satu tempat yang lebih murah dan cepat. Petang semalam husband cheq dah ke tempat dengan bawak semua dokumen yang diperlukan. Alih-alih orang yang urus kat situ nak tengok kereta dan ambik gambar kereta. Confius sekejap husband cheq. Disebabkan dah petang jadi husband cheq janji nak bawak esoknya, thats mean harini.

Gambar Hiasan

Harini cheq bawak kereta tanpa cukai jalan tu ke ofis ( tolong jangan ikut perangai samseng cheq ni). Tengaharinya cheq bawak kereta ni ke tempat tersebut untuk sessi fotografi. Bila dah selesai cheq balik ke ofis, tinggalkan husband cheq bereskan. Tapi husband cheq bagitau diaorang ni takmau keluarkan cukai jalan dan insuran atas kereta cheq dengan alasan bumper belakang kereta kemek. Hok alohhh...memang la kemek dan rabak sebab kena langgar dengan bas aritu. Cheq tak perbetulkan lagi sebab akan patah kaki kalau tinggalkan kat bengkel kereta ni. Lagipun cheq dah buat repot polis untuk claim insuran. Takut sangat cheq tipu duit dioarang la tu..

Malas nak bertekak, husband cheq pergi cari tempat lain. Alih-alih dia perbaharui cukai jalan dan insuran kereta kat pejabat pos ja. Takdak prosedur yang pelik-pelik dan cepat sangat prosesnya. Harga pun kurang ja dengan tempat yang pertama tu.

Punyalah cari memusing satu Kota Bharu, rupa-rupanya ada depan mata ja.




4 comments:

  1. bumper kemek x leh nak renew roadtax....mmang licik sungguh taktik "runner" nie.mcm mcm lh orang zaman la nie

    ReplyDelete
  2. heheh...bukan selalunya orang buat kat pejabat pos ke?/sebab suami saya pun buat kat pejabat pos sini..yang sampai nak kena ambik gambar tu pasai pa dia tu??hahhaha

    ReplyDelete
  3. Suami ekin baru roatax guna myeg loni

    ReplyDelete
  4. lorh. last last dekat pejabat pos je. macam2 sungguh aduh

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.