PENIPUAN SMS

Assalamualaikum

PENIPUAN SMS : Elakkan dari menjadi mangsa!

 

Orang ramai diingatkan supaya tidak percaya dengan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan anda memenangi hadiah wang tunai daripada syarikat minyak, minuman atau telekomunikasi terkenal di Malaysia.

Jangan cepat 'gelap mata' dengan tawaran atau hadiah yang tidak munasabah, kelak diri dan keluarga anda mungkin menderita!

Sindiket penipuan ini menggunakan taktik seperti berikut :-

- mangsa menerima sms mengatakan 'tahniah, simkad anda telah memenangi hadiah wang tunai yang bernilai ribuan ringgit daripada syarikat tertentu'.

Cheq sendiri pernah terima SMS ni

- mangsa yang teruja akan menghubungi nombor tertera dan mengikut segala arahan yang diberikan oleh saspek melalui telefon

- mangsa akan diarahkan pergi ke mesin ATM untuk mengalihkan wangnya ke dalam akaun saspek kononnya bagi mendapatkan hadiah utama.

- mangsa diminta menunggu beberapa hari bagi tujuan pemprosesan hadiah.

- mangsa berasa ditipu setelah semakan dengan pihak syarikat yang sebenar mendapati tiada sebarang pertandingan dibuat dan saspek gagal dihubungi.

 ~sharing is caring : luv from mama3farhanah~


7 comments:

  1. kalau dapat sms yg menawarkan wang memang tak boleh percaya, bahaya betul mcm2 sekarang ni.

    ReplyDelete
  2. tq mama.. sharing is caring hehe

    ReplyDelete
  3. Bahaya zaman sekarang ni, through sms pun depa boleh menipu hmm

    ReplyDelete
  4. Bila orang tak bagi gores menang ini pula cara depa kan

    ReplyDelete
  5. Macam2 cara skng nih nak kaut keuntungan..apa yg penting kite jgn mudah terpedaya, thanks for sharing ^_^

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.