HELLO DISEMBER

Assalamualaikum


Lagi sebulan persamaan dengan 31 hari untuk kita sampai ke penghujung tahun 2015.  Banyak lagi azam cheq yang tak tertunai lagi. Tapi azam yang satu ni memang dah tercapai iaitu nak sihat. Memang betul-betul sihat, macam kek terlebih backing powder.

Kat Kelantan ni, masuk bulan 12 ja, kitaorang dalam keadaan berjaga-jaga. Kut-kut banjir melanda. Banjir ke tak banjir ke, cuti kami sekeluarga tetap berjalan. Maunya beku otak duk bekerja tanpa rehat. Anak-anak pun dah merungut asyik duk kat rumah ja.

Bulan ni jugaklah nak sibuk beli peralatan sekolah untuk anak--anak. Yang pastinya anak-anak ni nak semua serba baru. Jadinya kalau lambat keluar membeli, pasti akan berebut-rebut sebab ada segilintir ibubapa akan menggunakan saat-saat terakhir nak bershopping peralatan sekolah anak-anak. Untuk elakkan kesesakan, baiklah beli awal-awal.

Bulan 12 ni jugak, kakak akan sambut ulangtahun kelahirannya ke 8 tahun. Kakak dah  listkan barang-barang yang dia nak. Kek besday pun kakak demand nak kek frozen.

Jemputan kenduri pun banyak untuk bulan 12 ni. Tapi cheq belum terima sebarang jemputan lagi. Mungkin kerana orang Kelantan tak jadi buat kenduri bulan 12 ni, takut banjir.

Walaupun apasaja agenda kawan-kawan semua di bulan terakhir untuk tahun ni, diharapkan semuanya berjalan dengan lancar. Semoga kita dipanjangkan usia untuk melangkah ke tahun 2016.


5 comments:

  1. sekejap je masa berlalu...tahun baru akan tiba tak lama lagi

    ReplyDelete
  2. ptt la ramai post 'hello December ', rupanya dah msk bln 12

    ReplyDelete
  3. Dalam keluarga Zumal hujung tahun adalah kenangan sedih...

    ReplyDelete
  4. cepatnya masa berlalu.. pejam celik saja..

    ReplyDelete
  5. bulan 12 kat kelantan tak ada kenduri hihihi musim banjir kan..

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.