TAK JADI MASUK ANGRY BIRDS PARK

Assalamualaikum

Balik bercuti di Johor tapi tak tahu nak kemana. Tanya pendapat orang kat sini, diaorang bagitau ada Angry Birds Park kat Komtar JB. Kebetulan haritu memang nak ke JB melawat emak saudara yang uzur. Alang-alang boleh lah bawak anak-anak main kat situ.

Sampai di JB, memusing-musing cari jalan nak ke Komtar. Husband cheq memang lah anak jati Johor tapi tak berpuluh tahun kerja kat luar negeri. Sekali balik Johor ada ja perubahan, jalan dah melintang-pukang. Nasib baik bawak pak mentua sebagai GPS.

Sampai Komtar pun dah tengahari. Masalah satu lagi timbul, nak cari jalan masuk ke tingkat 3 iaitu tempat terletaknya Angry Birds Park ni. Naik turun escalator, tanya orang barulah jumpa tempatnya.


Nak masuk park ni ada waktunya. Diaorang pun ada waktu rehatnya. Waktu kitaorang sampai adalah waktu rehat. Jadi tak terus masuk la. Anak-anak dah teruja nak masuk. Tapi bila tengok harga nak masuk ke dalam tu ja, jadi terbungtang mata. Nak cuti lama lagi, banyak lagi tempat nak pergi. Berbincang dengan husband, tak jadilah nak masuk. Pujuk anak-anak dengan permainan yang ada kat depan park tu. Nasib baik berkesan. Lagipun memang dari awal tak bagitahu nak datang sini pun.



Walaupun kerap kali topup token untuk anak-anak main, kira berbaloi la sampai anak- anak bosan dah taknak main, ajak pergi tempat lain pulak.









Insyaallah kalau ada rezeki cuti nanti, nak jugak bawak anak-anak ke Angry Birds Park ni. Kali ni kita bergambar ja dulu.




10 comments:

  1. tu dio mahalnya..nape mahal sangat..kena kumpul duit dari loni laa nak ke JB bulan 3thn depan..hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun mulanya budget RM30 ke bawah je sorang masuk. Bila tengok rate ni terus tak jadi masuk. Kena balik menabung jugak la....hehehe

      Delete
  2. Replies
    1. Mahal kan... tapi tak rasa ralat sangat tak masuk dalam tu sebab memang takdak dalam perancangan awal pun.

      Delete
  3. mahal betul nk msuk situ kn...rasa mcm x berbaloi klu msuk sejam dua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, kalau duk sehari suntuk dalam tu, puas hati dengan rate mahal tu.

      Delete
    2. Itulah, kalau duk sehari suntuk dalam tu, puas hati dengan rate mahal tu.

      Delete
  4. adeh mencekik gak tiketnya.. huurm.. tingin nak pegi tapi bukan bawak anak2 buah.. Mekti diorang yang tingin nak masuk.. adeh tapi tengok harga.. huurm..

    ReplyDelete
  5. johor byk tempat best jugak utk bdk2 main mcm hello kitty town, thomas tu.tp mmg kne sediakan duitnya yang besar la.huhuhu...

    ReplyDelete
  6. mahalnya kumpul2 duit banyak la g sana gak

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.