GARAJ KERETA BERNILAI RM200

Assalamualaikum...



Sudah nak masuk 5 tahun cheq menetap di perumahan hak milik kerajaan ni. Baru-baru ni ja cheq dapat tahu yang garaj kereta kat bawah tu ada nilainya. Itupun setelah berjumpa dengan jiran lama. Dia ada tanyakan ada tak sesiapa pegawai baru yang masuk parking kereta dia sebelum ni. Sebabnya dia nak mintak bayaran.

Terlopong la cheq sekejapnya. Tak tahu pulak ambil parking kena bayar. Jiran lama cheq ni bagitahu dia bayar sebanyak RM200 untuk ambik sebiji ke, sebuah parking ni dari tuan parking yang lama.


Pada mula cheq duk kat perumahan ni, tiap-tiap hari letak kereta kat luar ja. Berpanas dan berembun. Orang baru kannn...tak berani nak letak ikut suka dalam garaj walaupun nampak macam kosong ja. Bila nampak ada pegawai keluar dari perumahan ni, sambil salam-salam dan peluk tu, kitaorang mintaklah nak masuk garaj dia tu. Takdelah pulak dia mintak duit garaj tu. 

Sampai sekarang ni kitaorang konker sampai 2 buah garaj. Sekupang pun takde keluarkan duit. Agaknya pegawai dulu pun masuk free gamaknya. Mungkin garaj berbayar tu adalah amalan turun-temurun pegawai-pegawai lama dulu.

12 comments:

  1. Replies
    1. Padahal kerajaan punya tu. Dah siap sedia setiap rumah sebijik garaj. Tak tahulah pasaipa nak kena bayar.

      Delete
  2. Replies
    1. Iya RM200 harganya. Boleh beli macam-macam zaman sekarang ni.

      Delete
  3. perghhh.. rm200.. ish3 dia yg buat kot graj 2...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Garaj pun dengan bumbung bocor. Kalau hujan kena tempias. Tak berbaloi dengan RM200 tu.

      Delete
  4. Replies
    1. Hahaha...itulah duk memikirnya. Kalau RM20 pun belum tentu orang nak.

      Delete
    2. Hahaha...itulah duk memikirnya. Kalau RM20 pun belum tentu orang nak.

      Delete
  5. peeergh.. kena charge ? adeh.. ada jugak sekolah yang charge parking lot berbumbung utk cikgu..

    ReplyDelete
  6. KENA BAYAR?PLIK TU..PERUMAHAN KERAJAAN

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.