DAH KERAP KE KEDAI DOBI LAYAN DIRI

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Walaupun kedai dobi layan diri ni hanya 3-5 minit ja dari rumah, tak pernah langsung terlintas cheq nak singgah guna perkhidmatannya. Segala baju, seluar, tuala, selimut, toto memang cheq basuh sendiri kat rumah. Ruang sidai pakaian luas, jadi takdak masalah nak basuh baju 3 hari sekali pun.

Disebabkan kat kampung haritu, rumah abah mentua takdak air, jadi terpaksalah mendobi baju sendiri. Mulanya nak hantar baju kat dobi biasa, tapi bila difikirkan baju lambat siap, maka mencarilah kami dobi layan diri ni. Maklumlah, bawak balik baju pun 2, 3 helai ja. Sejak  itulah cheq mula kenal dengan dobi ni. Pada mulanya cheq memang tak tahu cara nak guna. Tanya orang satu-persatu step nak guna, sampai pandai sendiri. Selang 2 hari ja, angkutlah bakul baju kotor ke dobi tu.

Bila dah balik sini, perangai nak ke dobi takleh nak tinggal. Sebabnya rasa dah senang sangat. Masukkan baju dalam mesin, lepas tu tinggal sekejap pergi minum air. Datang semula kedai dobi, baju dah siap basuh. Masuk pulak baju tu dalam mesin pengering, tinggalkan dan masuk dalam pasaraya plak. Datang semula, tarraaaa.... baju dah siap. Boleh terus dilipat ataupun terus nak pakai. Tak payah nak sidai-sidai lagi.







Walaupun sentiasa basuh baju kat kedai dobi, mesin basuh cheq tu taklah sampai berhabuk tak guna. Kain-kain buruk, cheq basuh kat rumah ja. Tapi harini cheq dah start basuh baju kat rumah sebabnya lif blok cheq rosak. Tak larat nak angkat bakul baju turun ikut tangga.

18 comments:

  1. samalah..saya pergi sebab kat rumah tak de washing machine..rumah sewa kan..hehe

    ReplyDelete
  2. Tak pernah guna lagi dobi nih...

    ReplyDelete
  3. kalau nak bawak baju kat rumah tu pi sini je..

    ReplyDelete
  4. ehehe suka gak pi sini.. senang. balik terus lipat ehehe..

    ReplyDelete
  5. lif berek polis tu.selalu rosak.jah hihihi...

    ReplyDelete
  6. haah, suami saya mmg kaki dobi, dah terkenan la tu, nasib saya x pernah pergi lagi, kalau x berhabuk la mesin basuh kat umah ni hehhhehe

    ReplyDelete
  7. Salu guna yg bila kat asrama je. Kat luar tak pernah agy. Tgok org mcm senang je sebab siap ade pengering. Hihi

    ReplyDelete
  8. tak pernah try dobi layan diri. nak try gak ah. hihi :)

    ReplyDelete
  9. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  10. wah mudahnye..jimat mase kan..tak yah nak jemur dah..

    ReplyDelete
  11. ain kalau washing machine buat perangai , memang jawab nya ke dobi mcm gini lah.hehhee

    ReplyDelete
  12. dah mudah mesin dobi layan diri camni kannn., hehe2

    ReplyDelete
  13. Percaya x..SA x pnh masuk sini lg

    ReplyDelete
  14. hai saya datang melawat + follow sini.

    jemput unruk follow blog saya juga :)

    http://fatihah-fadzil.blogspot.my/

    terima kasih.

    ReplyDelete
  15. Ann..emailkan JM alamat boleh? nk pos small gift coz support my blog..email ke jarimanis4ever@gmail.com

    ReplyDelete
  16. psst..pesal dh lama x update blog...mesti dah start sibuk ni

    ReplyDelete
  17. hee, timm xpenh guna g dobi..hik3..

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.