RUMAH KENA PECAH

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Baru-baru ni kami sekeluarga balik bercuti kat kampung di Kota Tinggi, Johor selama 2 minggu. Sebelum tinggalkan rumah, husband cheq memang dah pastikan segala suis eletrik telah ditutup. Begitu jugak dengan pintu dan grill rumah dikunci dengan 2 biji mangga. Setelah puas hati, barulah kami bergerak dengan senang hati.

Setelah selesai bercuti 2 minggu tu, kami pun bertolak dari Kota Tinggi, Johor lebih kurang jam 9 pagi. Lebih kurang 12 jam duk atas jalan raya, akhirnya sampai kat rumah cheq di Kota Bharu, Kelantan. Cheq ni memang ingat nak baring atas tilam ja, nak luruskan pinggang yang dah lenguh-lenguh ni.

Keluar ja daripada lif, nampak grill pintu rumah dah terbuka. Dah agak ada orang pecah masuk dalam rumah cheq. Tengok mangga kat pintu dah kena potong. Paling sakit hati bila masuk dalam rumah, tengok semuanya dah berselerak. Segala apa yang ada dalam almari dan laci ditariknya keluar. 


Tindakan pertama apabila rumah kita kena pecah masuk adalah jangan cuba mengalih atau memegang apa-apa benda pun. Ini boleh menghilangkan kesan-kesan yang penyangak itu tinggal. Contohnya, kesan cap jari pada meja solek. Keduanya kenal pasti barang-barang atau harta-benda kita yang hilang. Seterus hubungi atau terus ke balai polis untuk membuat repot polis.

Alhamdulillah, cheq hanya alami kerugian yang kecil ja. Seperti kata mak sedar cheq, Allah akan gantikan yang lebih baik daripada apa yang kita hilang.

13 comments:

  1. seronok la mereka buat kerja time kita xde kn...nasib baik xde orang kt dlm tu..risau jugak..

    ReplyDelete
  2. Ya ALLAH, takziah mama.. betul kata mak sedara mama tue, ada hikmah disebalik kejadian. In Shaa ALLAH.

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar....jhtnye depa ni..thu je org tgl umh lm

    ReplyDelete
  4. sabar ye , allah nak uji and alhamdullilah sikit je dia ambil :( bahaya betul sekarang ni

    ReplyDelete
  5. Lama tak singgah sini... Ya allah ! nasib baik kerugian kecil dan sebaik semua nya selamat...

    ReplyDelete
  6. moga pnjahat tu dpt dtangkap..aamiin

    ReplyDelete
  7. Hik, siannya akak. InshaALLAH ada rezki lain pula nanti.

    ReplyDelete
  8. Pernah sekali rumah kena pecah... Alhamdulillah takde yg hilang.. Cuma penat la kena kemas balik..

    ReplyDelete
  9. Allahuakhbar.. dugaan..
    betul tu kak.. insyallah yang lebih baik akan datang..

    ReplyDelete
  10. rumah plat pun pencuri boleh masuk ke..

    ReplyDelete
  11. Akak, dah dapat tgkap ke penjenaayh tu?

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.