8 TABIAT BURUK MENYEBABKAN SAKIT BELAKANG

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Seringkali cheq mengalami sakit-sakit belakang. Nak pulak balik kampung duk dalam kereta selama 12 jam dengan memangku si kecik Damia, memang ambik masa nak luruskan semula pinggang dan belakang cheq ni. Selain tu, puncanya jugak sebab cheq stress kat tempat kerja.

Sekadar gambar hiasan.

1. Tidur atas tilam lama

Sekiranya anda tidak menukar tilam anda dalam tempoh lama, terdapat kebarangkalian untuk tulang belakang anda tidak memperoleh sokongan yang sepatutnya.

2. Mengangkat barang berat

Mengangkat barang yang berat, terutamanya untuk wanita boleh menyebabkan ketidakseimbangan pada bahu dan tulang belakang anda.

3. Memakai kasut bertumit tinggi atau kasut tiada tumit.

Kasut bertumit yang terlalu tinggi untuk anda akan memaksa badan anda melengkung, memberikan tekanan pada yang lebih pada sendi anda.

4. Menyimpan dendam

Kajian mendapati orang yang pemaaf menghadapi perasaan tertekan, kemarahan, kebencian dan kesakitan yang kurang berbanding orang yang suka menyimpan dendam.

 5. Duduk sepanjang hari

Kebanyakan dari kita tidak mengekalkan postur tubuh yang sepatutnya sewaktu duduk di hadapan komputer setiap hari.

6. Tertekan

Sekiranya anda tertekan, seluruh badan anda turut tertekan, termasuklah otot dibahagian leher dan tulang belakang.

7. Tidak bersenam

Senaman membantu dalam membina otot-otot yang  boleh menyokong  tulang belakang anda.

8. Makan terlalu banyak makanan ringan

Pengambilan makanan yang berkalori tinggi dan kurang nutrien boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Kenaikan berat badan  tersebut akan membebankan tulang belakang anda.

Sumber : Bidadari.my


6 comments:

  1. uish, simpan dendam pun blh sakit belakang..haha..so x payah simpan2 lah dendam tu kan :)

    ReplyDelete
  2. Kalau yg suka simpan dendam tu mesti suka sakit belakang kan XD

    ReplyDelete
  3. mmmm btw pernah baca dalam newspaper yang perempuan x elok pkai kasut tinggi. salah satu nya akan menyebabkan peyudara mengecil. xtahu la betul ker x. hhaha

    ReplyDelete
  4. Kadang-kadang duk drive lama-lama pun boleh sakit pinggang kan kak

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.