LARI DARI SEKATAN JPJ

Assalamualaikum

Semalam bermulalah percutian kami sekeluarga setelah sekian lama bertapa di bumi Kelantan. Rasa lapang kepala bila dapat keluar dari Negeri Kelantan. Percutiam kali ni dihabiskan di negeri Johor. Husband cheq dah mula rindukan emak dan abah kat kampung tu. Terakhir balik Kota Tinggi pada hari raya puasa tahun lepas. 

Pukul 10 pagi, kami memulakan perjalanan. Memang perjalanannya lancar, ditambah dengan cuaca yang cerah, tak macam hari sebelumnya, hujan tak berhenti-henti sepanjang hari.

Sampai di Pasir Puteh, jalan makin jem. Berderet-deret kereta kat depan. Kereta yang di jalan bertentangan dah bagi lampu, menandakan ada sekatan jalanraya kat depan. Husband cheq dah mengaduh..aduh,aduh sayang, kenapa kau curang. Tentulah dia resah sebab cermin tingkap kereta memang gelap, tak ikut piawaian JPJ pun. Kalau roadblok polis, insyaallah boleh lepas. Tapi kalau roadblok JPJ punya, memang tiada maaf bagimu la.

Sebagai contoh. Lebih kurang gelap ginilah cermin
kereta cheq. Takkan nak letak gambar kereta sendiri dalam
ni, kang ada JPJ baca ni maunya cari kereta cheq
sampai lubang cacing.
SUMBER : PAKCIK GOOGLE


Dari jauh dah nampak Pajero JPJ. Husband cheq cuak. Kalau terus ni memang tempah bala sebab sebelum ni pun dah kena saman dengan JPJ sebab cermin tingkap gelap jugak. Husband cheq ambik keputusan untuk pusing balik ikut jalan lain. Cheq pulak tak sedap hati, kutnya pegawai JPJ tu nampak, terusnya kejar kami. Nanti timbul masalah lain pulak. Tapi nasib baik tak kejar, diaorang tengah sibuk periksa kereta orang lain.

SUMBER : PUN DARI PAKCIK GOOGLE

Memang polis dan JPJ ni takleh nak ngam. Tak boleh bertolak ansur langsung. Bila polis ditahan dan disaman JPJ, alasan yang diberi Polis mahir undang-undang, tapi kenapa tak boleh nak patuh. Terkedu polis. Samalah jugak dengan JPJ bila kena tangkap pasal kes jenayah atau dadah, polis akan bagitau, JPJ tahu undang-undang tapi kenapa nak buat salah jugak. Jadi, pengajarannya disini, PANDAI BUAT PANDAILAH TANGGUNG !!

12 comments:

  1. ooo gitu pulak ek, ingatkan polis dan jpj ngam, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak pernah ngam Sue sebab masing-masing tunjuk eksyen

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Tonto pun kejar JPJ jangan risau JPJ nak kejar. Depa pun kena kejar ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu barulah buku bertemu dengan ruas. Hehehe

      Delete
  3. hihihi mujur sempat patah balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak, kena potong budget cuti ni. Nak bayar saman...hehehe

      Delete
  4. Oo... Lari ya... Nak kena ni.. Haha

    ReplyDelete
  5. huuurm aci eh dia nak lari.. huahua..

    ReplyDelete
  6. Ohh saya faham perasaan cermin gelap ni sebab dulu kereta ayah saya selalu kena tahan sebab tu. Tapi sekarang dia dah tukar dah cermin tu jadi terang haha

    ReplyDelete
  7. sama2 badan uniform xleh nk ngam kan hihihi

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.