DALAM KENANGAN

Tangkap 27 April 2011 akan sentiasa terpahat dalam hati cheq..
Pada tarikh itu la , cheq kehilangan satu-satunya adik lelaki cheq.


Malam tu lebih kurang pukul 8.30, dapat call dari ayah bagitau adik dh meninggal sbb excident...
Kelam-kabut cari bas nk balik malam tu jugak..
Husband cheq dh balik Seremban sehari sebelum tu, jadi tinggal kami 3 beranak.
Masalahnya bas yang terakhir pukul 9, tak sempat nk naik.
Nasib bek ada cik Sahak dan Kak Ros anak beranak yg tolong cheq kejar bas tu sampai ke Tanah Merah.


Sampai di Perlis jam lebih kurang pukul.9 pagi....
Sayu hati tengok wajah mak dan ayah..
Allahuakbar...bila tengok muka arwah, macam arwah sedang lena tersenyum.
Allah pelihara wajah dan tubuh arwah, langsung x terjejas..
Tak logik, tengok m/sikal arwah dan yang melanggarnya tu hancur kemek terus.
Cheq berkesempatan bacakan Yasin dan jiruskan air mandi kepad arwah.
Time tu baby cheq baru berusia 5 bulan, cheq dh tak peduli.
Cheq pun tak tahu sapa yang jaganya.
Sampai ke tanah perkuburan cheq iring arwah....
Sekali lagi terkejut..kawan-kawan arwah ramai sgt yang hadir.
Mak ada bagitau ada kawan-kawannya tunggu arwah di hospital sejak semalam lagi
Baik arwah ni sbb tu kawan-kawan dia ramai.


Selesai simpan arwah, balik ke rumah tengok baby cheq dah tidoq dalam buaian
Time tu baru la husband cheq sampai...
Takpa la yang penting arwah dh selamat dikebumikan..


Allah swt pinjamkan arwah sekejap ja pada kami sekeluarga


sgt menyukai budak-budak. Ingat lagi masa cheq berpantang kat kg, arwah ni balik kerja ja terus terpa ke baby cheq. Mmg kena marah dengan cheq la. 
BuBudak2 pn mudah mesra dgn arwah sampaikan anak2 sedara cheq bergaduh berebutkan arwah mintak dukung...


Sangat disenangi oleh adik- beradik. Senang sgt mintak tolong, boleh ja jawapannya. Dulu kalau cheq nk bangunkan dia dari tidur senang ja...tarik bulu kaki dia yang panjang gulung-gulung tu....


Rupa-rupanya dah ada petunjuk arwah akan pergi meninggalkan kami...
Dalam seminggu tu arwah pakai baju warna putih ja...
2 minggu sebelum tu cheq balik kg, balik amik anak2 cheq yang ditinggalkan kat kg...
Masa nk gerak balik tu, arwah peluk cium baby cheq yang kecik tu sungguh-sungguh macam  tak mau lepas...

Bersemadilah kau adik di sana dengan tenang...
Kami disini sentiasa mendoakanmu adik..
Mak dengan ayah pn baru ada kekuatan utk melihat gambar arwah digantung di rumah...


17/11/1992 - 27/04/2011
AL - FATIHAH

No comments:

Post a Comment

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.