TAKKU SANGKA, TAKKU DUGA

Tiba-tiba meloya, sakit kepala dan muntah-muntah.
Ingatkan sakit biasa ja, rupa-rupanya sakit buatan org.
Lepas bersalin anak ke 2, cheq punya period mmg datang x teratur.
So, tak la expect mengandung lagi dalam masa terdekat ni.
Masa tu anak ke 2 cheq baru masuk 2 tahun.
Walaupn terbabas kami laki bini terima dengan hati terbuka.


Malam esoknya ajak suami cheq pergi scan.
Rupa-rupanya dh masuk 3 bulan.
Pandai betul baby mama ni menyorok.

Lebih kurang ginila rupanya baby cheq tu.


Nk masuk 4 bulan, baru pergi buat kad pink kat klinik.
Kali ni mengandung, xdak masalah langsung.
Selalunya hemoglobin cheq rendah, kali ni ok ja walaupn paras hidung.
Pasni jadi rutin bulanan la berjumpa dgn nurse-nurse kat sini.


Nurse kat sini dah bising-bising sebab datang lambat bukak kad pink. Nasib bek baru masuk 4 bulan, kalau tak cheq datang buat masa 6 bulan baru tau!!!!


Pengalaman mengandung kali ni mmg berbeza, walaupn dh masuk 5 bulan perut still tak nmpk lagi.
Bagitau kad org pn diaorg x caya.
Pada satu hari tu, cheq rasa baby tak bergerak.
Masa tu dah mengeletar, balik minum air ais yang betul-betul sejuk, pn baby  takdak tindakbalas.
Keluar cari klinik yang ada scan siang-siang buta mmg payah.
Pergi klinik biasa ja, doktor check kata denyutan baby dah takda, minta cheq pi scan jugak.
Masa tu drive dgn air mata yang berjujuran dah.
Jumpa jugak klinik tu, mmg comfirm baby cheq dh xdak.


Malam tu, suami cheq pergi hospital.
Doktor bagi tempoh 2 hari utk biarkan baby tu turun sendiri.
Dh 2 hari baby xnk keluar jugak, so terpaksa jugak cheq masuk wad.
Pada 29.04.12 pukul 6 pagi, cheq dimasukkan ubat utk buka laluan memudahkan Baby keluar.
Lama-kelamaan sakit dh datang...sakit macam nk beranak.
Nasib bek mak datang temankan.
Jam 12 tengahri, cheq dibawa masuk labor room.
Tak sampai 10 minit pun cheq dh lahirkan baby cheq yang dah tak bernafas tu.
Masa tu kandungan cheq dah berusia 6 bulan.
Punca sbb kematian baby cheq adalah air ketuban yang kering.
Sedih bila tengok tubuh badannya yang pucat tu.
Baby gurl jugak kali ni.


Macam ni la baby cheq keluar. Masih dalam kantung cuma kering  takdak air ketuban.
Baby cheq dah sempurna, jari-jari dah lengkap.
Doktor terpaksa koyak kantung tu untuk keluarkan baby chek.


Dah selamat semua, mayat baby cheq dibalut dalam kain batik.
Diserahkan kepada suami cheq untuk disemadikan.
Cheq masih ditahan di dalam wad.
Terima kasih sekali lagi untuk mak, ayah, cik Sahak dan Kak Ros yang banyak menolong dalam urusan pengebumian baby cheq ni.
Setelah dimandi dan dikafankan, maka bersemadilah baby cheq ni.
Alhamdulillah, baby cheq sekarang ni dijaga oleh Nabi Ibrahim di alam sana.


Mama tak risau tentang baby SITI KHATIJAH sbb mama dah pasti baby tetap akan masuk syurga.
Doakan mama dan abah dari sana supaya kita dalam berjumpa di Jannah.
AL -FATIHAH

4 comments:

  1. sedihnya.. macam cerita sepupu plak.. anak kedua dia meninggal dalam perut ketika usia 8 bulan.. lagi laa terasa sebab nak cukup 9 bulan dah.. memang dia tekanan jugak laa dalam setahun lebih..

    ReplyDelete
  2. siti khadijah tunggu mama & abah di syurga.
    walaupun sekejap mengandungkan anak syurga ni, aida pasti Ann sgt syg kan dia.
    dan ketahuilah Allah lebih menyayanginya :)

    ReplyDelete
  3. Anak syurga tggu mama n papa di syurga ya...bahaya gak air keturban xada ya...

    ReplyDelete
  4. bertabahlah sis. Ini ujian dariNya. InsyaAllah sis mampu melaluinya. Dia menguji hambanya dengan ujian yang hambaNya mampu untuk hadapi.

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.