NEXT....BABY GIRL JUGAK

Lepas berpantang anak yang ke 3, terus plan nk tambah anak lagi.
Nk tebus kekecewaan....cewahhh
Rezeki Allah swt, pastu terus ngandung.


Kali ni awal-awal dah pergi daftar ke klinik.
Takut pisang berbuah 2 kali.
Disebabkan cheq ni kes special, bukan nurse biasa yang checkup cheq, sister yang pakai baju biru yang check cheq...
Untung tak payah tunggu turn.
Sbbnya nurse tu check cheq sorang ja.


Dh cukup 38 minggu cheq pun amik cuti, kononnya nak rehat.
Sebelah paginya hantar kakak dan adik pergi taska.
So cheq balik rumah, kemas-kemas apa yang patut.
Masa tu mmg ada sakit perut dah tp ingatkan sakit perut biasa.
Sampailah husband cheq balik rumah pukul 4.30 ptg, cheq pun cerita la yang cheq ni sakit perut.
Husband cheq kata dh nk bersalin kut.
Cheq tak percaya sbb takda tanpa apa-apa pn sbb sebelum ni 2 kali bersalin air ketuban pecah dulu dan tak sakit.
Nak kan kepastian cheq tepon mak kat kg.
Mak bagitau tu la salah satu tanda nk bersalin.


Ok.... siapkan anak-anak, pastu bergerak pergi hospital.
Time tu keta punya la banyak sbb baru keluar opis semuanya.
Sampai hospital pukul 6, sekali lagi terkejut tgk ramai betul ibu-ibu nak bersalin time tu . Sampaikan kerusi nak duduk menunggu pn xdak.
Lebih kurang sejam menunggu untuk check ja, perut dah mula sakit.
Check tengok-tengok dah 6 cm terbuka.
Doktor suruh masuk labor room.
Nurse suruh naik kerusi tolak, cheq eksyen nak jalan.


Masa duk dalam labor room, doktor pecahkan air ketuban. 
Time tu baru rasa sakit.
Husband cheq nk masuk tapi kakak ngan adik taknak kena tinggal dengan kak ros plak.
Takpa la....cheq dah biasa bersalin tanpa teman.


Tepat jam 7.58 malam, 1 April 2013 cheq selamat lahirkan baby girl sorang lagi.
Alhamdulillah. ..baby sihat, putih bersih.
Bab yang paling seksa bila nurse nak jahit bahagian yang koyak.
Huhuhu...kasar nk mampus, nyaris-nyaris nk kena makan kaki cheq...
Huhuhuhu...

NUR DAMIA FARHANAH....DOB 1.4.13, 3.3 KG

Memang betul-betul buat kejutan kat mama baby yer.
Kalau husband cheq keja malam ka, mmg cheq beranak bersalin kat rumah la..
Satu lagi, baby cheq ni langsung tak kena kuning.
Sebabnya cheq amalkan makan vco start peknen 4 bulan lagi.
Nurse punn heran sbbnya cheq ni darah jenis O, mmg anak akan kena kuning.
Alhamdulillah. ..tak payah berulang alik ke klinik cucuk amik darah.


Baby Damia dah 15 bulan, still fully bf. Semoga baby membesar bagaikan juara. Antara mereka adik-beradik, baby la paling ganas, manja, dan ceria...


Baby cheq ni lahir di HRPZ II, Kota Bharu.
Yang bestnya bersalin kat sini, dari check laluan hinggalah bersalin doktor pompuan yang uruskan. Takla rasa segan sgt..
Tapi bersalin kali ni yang paling mudah, sakit kejap ja.
Dalam pantang pn baik jer baby ni...muahhhh
Mak pn datang jaga sini 18 hari ja, sbb tgk cheq kuat buat semuanya...


SEMOGA SEMUA ANAK-ANAK MAMA MEMBESAR DENGAN SIHAT, JAGA PERANGAI, HORMAT ORANG LAIN, BELAJAR PANDAI-PANDAI, JANGAN LUPAKAN MAMA, ABAH, ADIK-BERADIK BILA DH BERJAYA.
MAMA DAN ABAH SENTIASA MENDOAKAN KESEJAHTERAAN ANAK-ANAK KAMI.SEMOGA DIBERKATI ALLAH SWT. AMINNN...
♥♥♥♥♥♥

1 comment:

  1. kerintingnya rambut damia.. macam adik kita dulu

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.