HADIAH UTK ANAK-ANAK

Semalam keluar pergi uptown Kota Bharu.
Rancangnya nak beli kasut raya.
Dalam banyak-banyak jual baju raya, tudung, kasut..ada plak yang jual mainan.
Anak-anak cheq ni bila dh nampak mainan, tak leh jalan dah. Duk tgu depan mainan tu ja.
¤¤¤¤¤¤¤

So, mama dan abah pn offer la mainan tu kat anak-anak.
Punya la lama tunggu diaorang memilih.
Kakak pn nak jugak mainan tu.
Pujuk la kakak tu, kata "kakak, mainan tu utk budak-budak. Kakak dh besar, nti mama beli buku cerita".
Nasib bek la kakak ni faham.
Kalau dak terbang duit mama, kakak nk piano..
¤¤¤¤¤¤¤

Sudahnya baby ambil bola yang ada lampu dan bunyi-bunyi.
Si adik pulak amik tepon mainan yang bunyi dan ada lampu.
Sepanjang jalan diorang pegang mainan sendiri sambil berbunyi-bunyi.
Biarlah....asalkan mama dan abah dapat memilih dengan tenang.

Baby Damia dengan bolanya. Kadang- kadang bunyi, kadang-kadang dak. Mana taknya balik rumah dah baling ke lantai kelentung-kelentang.


Telefon adik ni ada macam-macam lagu. Adik siap bawak pergi ke tadika lagi telefon ni, katanya nak tunjuk kat kawan-kawan.

Tengahri tadi amik kakak kat sekolah, kakak dh tuntut hadiah dia.
Kena la bawak pergi beli buku cerita kat dia.
Kalau tak tarik muka 14.

Nah kau...sekali 3 buah buku beli. Kejap ja ni bacanya, pastu mintak beli lain. Yang penting mama support minat membacanya tu.

No comments:

Post a Comment

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.