RINGAN KEPALA

Assalamualaikum 💕💕💕

Dah bertahun rasanya cheq tak potong pendek rambut cheq ni. Setakat potong hujung-hujung rambut yang bercabang ja. Dah nak sampai pinggang dah rambut cheq ni.

Memang payah nak jaga rambut panjang ni. Cheq pulak setiap kali mesti kena basahkan kepala dan rambut. Mandi kalau rambut tak basah rasanya macam tak mandi ja.

Bayangkan mandi pukul 5 pagi, belum tentu lagi pukul 7 pagi rambut dah kering. Sepanjang hidup ni, cheq tak penah plak ada pengering rambut. Harap kering secara semulajadi ja.

Petang ni cheq ajak suami temankan cheq potong rambut kat kedai. Sayang tu memang sayang tapi rambut asyik gugur ja, jadi rasanya lebih baik pendek terus.

Masuk kedai potong rambut tu, untie punya kedai tu memang dah kenal sebab anak-anak cheq semuanya potong rambut dengan dia. 






"Mau buat fesyen macamana"

"Tak payah fesyen-fesyen la untie, saya pakai tudung"

Memang takmau fesyen pun, just nak pendek ja. Ikut suka untie tu je nak potong rambut cheq. Iyalah dia kan mahir tentang fesyen rambut yang sesuai dengan bentuk muka seseorang tu. 

Bila rambut dah pendek ni, terasa ringan ja kepala. Mandi pun lebih cepat terasa sejuk kepala sebab rambut dah kurang.
Selalunya cheq yang menunggu bila rambut anak-anak dipotong. Kali ni anak-anak pulak setia menanti cheq.

4 comments:

  1. cik nor pn lama dah xpotong rambut..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun dah sekian lama, baru potong semula. Pasni rasa nak maintain rambut pendek ja

      Delete
  2. betul kalau rambut pendek terasa ringan ja kepala tu kan. rambut pun cepat kering

    ReplyDelete
  3. ekin memang lama tak potong rambut tanya abe sokmo dia bagi jawapan potong botak selalu hahahahha... xmau bagi potong la tu.. xpe la..

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.