CUTI RAYA SUAMI ISTERI

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Dua hari lagi kita nak sambut raya. Cheq pulak dah start cuti sejak hari Jumaat lepas. Hajat dihati nak balik berbuka puasa dan sambut raya di kampung. Nampaknya hajat cheq tu kena tunda la.



Cheq dan husband kerja di bawah kementerian yang sama tapi berlainan bos. Ikutkan memang tahun ni turn kami cuti raya, tapi apakan daya, ada orang potong line tengah husband cheq plak. Terima ja la dengan redha walaupun dah berbakul-bakul kata cacian dah keluar. 

Insyaallah, raya ke 3 baru bergerak balik ke Perlis. Biskut-biskut raya yang cheq beli untuk mak cheq kat kampung tu terpaksalah dirasmikan kat sini. Sedih tu memang sedih, bertambah sedih tengok blok cheq dah sunyi sepi.

~~ Terima kasih kerana sudi membaca ~~

7 comments:

  1. Alaaa sedihnya cheq tak dapat cuti raya :( Siqah pernah mengalaminya selama 4 tahun cheq. Sabar jela. Sedih memang sedih tapi nak buat macam mana, dah nama tugas kan.

    Selamat hari raya aidilfitri buat cheq sekeluarga 😊

    Moga bahagia sentiasa di hari raya walau di mana berada ye. Balik kampung nanti hati-hati :)

    ReplyDelete
  2. xpa, mungkin ada hikmahnya kak. Selamat Hari Raya. Saya lom cuti lagi :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, kita ambik positif atas kejadian ni.

      Delete
  3. oic asben pun 1 jabatan ekk Ann? best nyer...

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.