SAMA TAPI TAK SERUPA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kisah ni tentang cheq dan adik perempuan cheq nama Siti.
Selalu sangat orang konpius antara cheq dan dia.
Katanya kami ni sama ja rupa tapi cheq tengok dan belek-belek, rasanya cheq lawa lagi (tettttt....ayat perasan tu)

Dulu, kalau cheq balik kampung, cheq selalu ikut mak pergi mengaji ataupun baca Yasin.
Kiranya merangkap driver mak.
Kat situ la cheq akan jumpa dan bersembang-sembang dengan kawan-kawan mak.
Dah bersembang macam-macam cerita sampai berbuih mulut..
Lastnya depa akan tanya " Kak An tak balik ka ?"
Glup, rupanya depa ingat cheq ni Siti iaitu adik cheq.
Cheq pun taknak depa terasa hati dan malu maka cheq pun ngaku yang cheq ni Siti.
Rupanya adik cheq Siti pun alami yang sama. Dia kata selalu sangat dah dia ngaku sebagai cheq.
Kalau geng-geng muda dalam kampung tu depa ada cara lain nak kenal kami berdua.
Selalunya depa akan tengok warna kulit.
Kalau putih gebu tu cheq.
Kalau yang hitam manis tu Siti.

Bukan setakat orang kampung ja konpius, geng kerja cheq kat Bahau dulu pun selalu konpius.
Adik cheq dulu rajin pi lepak dengan cheq.
Kadang-kadang dia ke kedai naik motor, ada ja orang tegur dia..jerit panggil nama cheq.
Tapi bila balik opis, terkejut plak nampak cheq.




Sekarang ni turun ke anak-anak kami plak muka nak iras-iras sama.
Balik kampung, kalau ada budak pompuan kecik-kecik ni depa akan teka samada anak cheq atau anak Siti.
Sebabnya kami berdua ja ada anak pompuan pun.
Kalau dengar anak yang kecek klate tu kompom anak cheq.





Adalah iras sikit-sikit kan.
Dah nama pun adik-beradik.
Mungkin bagi orang lain kami ni nampak sama tapi apa yang kami rasa, kami memang tak serupa pun.


8 comments:

  1. sama la.. hehehe kalu ckp kembar pn org pecaya nih.. hehehe

    ReplyDelete
  2. aah.. ada iras2 sikit. hihik maklumlah keturunan. sure sama kan. huhuhuh

    ReplyDelete
  3. ssh jgk tu..asyik trtukar org..:)

    ReplyDelete
  4. Aah, ada iras2 :) Biasa adik bradik mmg macam tu...akak2 cik Mimie slalu jugak kena macam Mama n adik mama..tu..hehehe..

    ReplyDelete
  5. Bam bam betul baby tuh... Mmg ada irasnya... Tapi kecik lagi... Dah besar nnt mungkin akan berubah ..

    ReplyDelete
  6. eheheh muka sbijik betoi2.. bleh sangat ni nak prank orang keke..

    ReplyDelete
  7. hahahahaha. ohoho, memang sebijik la mama. susah nak teka ni kalau jumpa salah sorang

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.