APA NAK BUAT BILA ANAK KENA SAWAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bila anak-anak demam, mulalah cheq tak senang duduk. Hati ibu mana tak risau bila tengok anak duk tercelepuk tak bermaya, asyik merengek. Macam cheq ni yang kerja makan gaji, bila dah selalu sangat ambik EL, ada la muka-muka yang buat muncung. Hey,,,, ingat aku mau sangat anak-anak aku sakit!!!! Nasib baik la cheq dapat bos yang dapat beri tolak ansur. 

Mengimbas kenangan cheq masa darjah enam. Masa tu cheq ambik fardhu ain kat sekolah petang. Member baik cheq nama Haslinda demam pada hari tu tapi dia taknak balik rumah. Semasa duk buat latihan, kawan cheq yang duduk di hadapan cheq ni tiba-tiba sawan. Jatuh kerusi, mulut berbuih. Cheq dah lari keluar kelas sebab takut sangat. Ustaz bawak dia pergi ke klinik. 2, 3 hari lepas tu dapat berita kawan cheq tu dah meninggal dunia. Semasa berkunjung ke rumah arwah, emak dia bagitau arwah ni memang selalu kena sawan sejak dari baby lagi. Dah 21 tahun arwah pergi, semoga arwah berada di bawah lindungan Allah S.W.T.




Entri cheq kali berkenaan, apa yang perlu kita sebagai emak ayah buat kalau anak kena sawan tarik di rumah?

1. Baringkan anak mengiring dan buka pakaian anak.

2. Buka mulut anak. Kalau mulut berbuih, korek mulut anak keluarkan air liur dan buih itu. Jangan biar anak tertelah air liur dia sendiri sebab boleh menyebabkan anak mati lemas/tercekik.

3. Jangan biar anak ketap gigi, takut terketap lidahnya.

4. Jangan masukkan ubat buntut masa anak tengah kejang, biar anak sedar dulu baru basahkan kaki anak dengan air sejuk. Bila anak dan sedar/menangis, baru masukkan ubat buntut (kalau ada simpan kat rumah).

5. Kalau tiadak ada ubat buntut di rumah, bila anak sudah sedar, cepat-cepat bawak anak ke klinik. Doktor akan bagi rawatan selanjutnya.

Ingat, waktu anak kejang, seluruh badan anak kejang. Jangan goncang-goncang badan anak. Terus baringkan mengiring. Cepat-cepat sedarkan dia dengan cara mandikan dengan air sejuk. Alirkan air dari kaki dulu dan ke atas dan bawak ke klinik/hospital berdekatan. Waktu kejang, otak anak berhenti dari menerima oksigen. Sebab itu rawatan sudah diberi di rumah, masih perlu di bawak ke klinik/hospital untuk dapat bantuan oksigen. Otak kalau tidak dapat oksigen yang mencukupi dalam masa singkat boleh menyebabkan kecacatan atau terencat. Sebab itu bahaya sangat-sangat kalau anak kena kejang/sawan.

Sawan ini mungkin boleh datang balik bagi anak-anak yang pernah kena masa demam panas. Jadi, setipa kali anak demam, sentiasa pantau suhu badannya.


11 comments:

  1. pernah tgk kawan lelaki satu sekolah menengah kene sawan masa ambik SPM...yg tlg bantu adalah kawan2 dia sendiri macam cara yg mama bgtau kat atas.

    ReplyDelete
  2. Bila anak terkena sawan terutama sawan tarik memang sangat panik, pernah merasainya sekali...cukuplah sekali... Moga-moga Allah jauhkanlah lagi dari sawan tarik tu.... Great piece of sharing dear...

    ReplyDelete
  3. ya betul tu mama.. anak yang sulung dulu pernah kena.. setiap kali dia demam, memang akan pantau dia lebih.. risau berulang lagi.. alhamdulillah sekarang dia jarang demam..

    ReplyDelete
  4. irine kalau demam panas je dah risau..sampai tak lalu nak tido, tak lena nak makan.. ritu dia hampir kancing, menggiigil kaki,,

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas perkongsian mama :)

    ReplyDelete
  6. terima kasih di atas pengkongsian ni

    ReplyDelete
  7. tak penah lagi nampak org kena sawan. seram jugak bunyi nye senanye erk. bru tau boleh sampai bawa maut

    ReplyDelete
  8. CT xpenah berdepan ngan situasi ni sendirian.. tpi penah tngk anak buah tarik..
    terus mak dia rendam dalam baldi n tuang ais.. syukur ada ais.. da kendur sket bawak p spital..
    cucuk then okay..

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.