NO HOLIDAY FOR US !!!



Apa habaq semua ?
Lama rasanya tak bersiaran kat sini. Dah naik sawang blog cheq.
Selama cheq tak munculkan diri ni pun, cheq jenguk jugak blog. 
Sekadar jadi silent reader, tak sempat nak menyampuk.
Apa lagi nak menulis cerita.
Begitu jugak lah dengan wassap, just baca ja.
Jangan mare yer..

Sepanjang perayaan Tahun Baru Cina ni, memang cheq sekeluarga tak pergi mana-mana pun.
Cuti memang la tak dapat, keutamaan kepada kaum cina.
Dah tu kena Ops Limau plak. Malam-malam keluar cari limau. Opsss cari orang main mercun.

Minggu ni pun sibuk. Cuti dah kena beku gara-gara ASEM.
Negara-negara Asean dan Eropah akan bertumpu di Kota Bharu.
Pengawalan kena ketat, takmau apa-apa terjadi.
Dikerah seluruh tenaga yang ada demi memastikan segalanya berjalan lancar. 
Kerana mata dunia akan memerhati.

Masuk bulan Mac, sekali lagi Pengkalan Chepa akan jadi tumpuan.
Pilihanraya Dun Cempaka selepas adunnya arwah TGNA wafat.
Cuti sekolah pulak time tu. Memang tak bercuti la.

Betapa busynya 2, 3 bulan ni.
Kerana tugas terpaksa relakan.
Effectnya kepada anak-anak jugak.
Kesian diaorang tak dapat bercuti balik kampung macam orang lain.

Kannnn...sapa suruh cari kerja ni.
Alhamdulillah, rezeki Allah dah tentukan.

25 comments:

  1. Faham perasaan mama..
    X pala mama, insyaAllah pahala besar utk mama bekerja dan bekorban untuk rakyat malaysia.

    ReplyDelete
  2. Jemput jwb soalan kalau sudi, awk terpilih :)
    http://primrosebunga.blogspot.com/2015/02/liebster-award.html

    ReplyDelete
  3. Sana dgn SA..bz sepanjang masa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila la plak time kita bercuti yer SA. Asyik kerja jer.

      Delete
  4. skrg masa belajar pun sy tak dapat spend banyak masa dgn keluarga. nervous pulak nak bayangkan bila dah kerja nanti T_T

    ReplyDelete
  5. paham kebusyan mama.. sama laa start masuk tahun nih busy memanjang.. kekadang penat pun ada.. nak apply cuti pun tak boleh, time nak cuti ada ja perkara yang perlu attend untuk tugas.. demi tugas, terpaksa ku turutkan..

    ReplyDelete
  6. takpa..settlekan semua baru holiday. semoga allah permudahkan

    ReplyDelete
  7. Semoga dipermudahkan segala tugas Ann :)

    ReplyDelete
  8. inilah pengorbanan seorang mama..moga semuanya dipermudahkan..nanti dapat cuti..sakanlah kan..

    ReplyDelete
  9. Cik Mimie pun xkemana2 cuti ni..duk rumah je :) Semoga dipermudahkan urusan mama :)

    ReplyDelete
  10. Assalam norihan,
    waaaaaaaaaaaaaa
    kalah DO uols ni he3
    pa pun chaiyok3 girl power he3

    ReplyDelete
  11. alahai..ciannya mama..dah tuntutan kerja macam tu kan..apa nak buat..redho ja kan.. :)

    ReplyDelete
  12. same lah kite mama..
    mampu jenguk2 tak mampu lagi nak mencelah2 ni...

    ReplyDelete
  13. lol.. ciann akak.. xpe lpas ni ajak la dieorg bcuti ye :)

    ReplyDelete
  14. tak pa aihhh berkhidmat untuk negara
    abis semua amik cuti panjang rehat na..:)

    ReplyDelete
  15. Terpaksa korbankan family demi anak-anak.
    Huhu..

    ReplyDelete
  16. wanie juga bakal busy nanti ma...huhu..harap dipermudahkan urusan..

    ReplyDelete
  17. ehehe take ur time.. setelkan apa yang menjadi keutamaan dulu..
    CT pun lama juga tak bersiaran lately.. sibuk benar tengok jadual kerja tu..
    huum.. semoga dipermudahkan =)

    ReplyDelete
  18. inshaAllah nanti adalah cutinya.. bertabahlah... ^_^v

    ReplyDelete
  19. ya dah dewasa ni...
    cuti tu sama je mcm x cuti. kadangkala rasa cuti tu lebih bermakna bila boleh berehat atau tidur tanpa gangguan. hee

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.