:: MELEPAS ::

Assalamualaikum semua.

Harini ada function kat tempat kerja cheq. 
Selepas function tu ada la acara menderma darah.
Cheq memang tak pernah tinggal derma darah tiap-tiap tahun.
Tahun ni pun dah berkobar-kobar nak derma darah ni.

Selepas isi borang, masa untuk pemeriksaan.
First sekali MA tu cakap bila dia pegang tangan cheq " pesal pucat "
Dah tak confident boleh derma darah dah arini.
Memang betul, cheq punya hemoglobin rendah. 
3 kali dan 3 jari cheq dicucuk tetap keputusan yang sama.
Sedih alahai hati ni.
Mungkin cheq tak cukup rehat kut. Memang badan ni letih sangat


Gambar hiasan

Ni pasport derma darah cheq. Tahun ni takde la nak isi
kat dalam tu.

Melepas la nak dapat tuala kecil dan sijil sebagai cenderati selepas derma darah.
Tapi cheq pun dapat jugak cenderahati iaitu Asic Folic.
Huhuhu...makan malam ni ialah kerang rebus cicah soh.



12 comments:

  1. Alahai kesian mama.. byk2 rehat jgn lupa mkn ubat ye mama..

    ReplyDelete
  2. Wanie pernah derma darah sekali je dulu masa PLKN..sekarang ni kalau nak derma lagi macam dah xcukup kriteria je..berat xckup..huwaa. !! T_T

    ReplyDelete
  3. Sue pun lama dah x derma. Last masa belajar di kampus dulu...

    ReplyDelete
  4. heheh..kena makan dengan lebih sihat dan teratur la lepas ni..rehat kena banyak...

    ReplyDelete
  5. letih sgt mama nie
    hmm qyu xpenah derma drh sbb sblm ni berat tak ckup
    tp skg bile da ckup takot plak tgk jarum tu

    ReplyDelete
  6. hu hu hu sabar ye. rezeki lenkali kot nak derma darah.
    tingkatkan kesihatan tau.
    jgn la stress sgt :)

    ReplyDelete
  7. wana tak penah derma darah walaupun kawan berkali-kali dah ajak..takut..huhu..

    ReplyDelete
  8. Assalam ann,
    waaaaaaaa
    rajin la uols derma darah
    kagum3
    iols penakut pahit :P

    ReplyDelete
  9. woaaaah tabik spring kat Mama.. hebat tu berani.. CT takleh hahaha..
    takut.. tapi ada sorang kawan yg mmg ske buat keja2 mcm ni..
    bagus bagus.. dpt tolong orang kan..

    ReplyDelete
  10. Cik Mimie takut nak derma darah.. T_T

    ReplyDelete
  11. takut nk derma darah huhuhu

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.