MEMUSING SAMPAI KEPALA JADI PENING

Assalamualaikum semua.

Minggu ni minggu pening dan sibuk. Lusa ni jabatan cheq jadi tuan rumah untuk mesyuarat jabatan seluruh Kelantan. Disebabkan mesyuarat yang terakhir untuk big boss, jadi nak buat grand dari biasa. Dari minggu lepas lagi dah sibuk buat persiapan.Cari tempat untuk mesyuarat, persiapan makan-minum, cenderahati segala bagai la.

Cheq plak ditugaskan untuk mencari cenderahati untuk ketua-ketua yang datang bermesyuarat nanti ni. Pening memikir nak bagi apa. Kalau mug tu dah biasa sangat. Dalam kepala otak ni nak bagi banglo ja sorang sebijik..hehehe

Memusing la cheq dengan anak-anak buah mencari kedai kraftangan. Akhirnya dapat rekemen dari member kat kedai Nordin Batik ni. Memang banyak betul barangan yang boleh dibuat cenderahati, tapi ongkosnya terlalu tinggi. Kalau untuk sorang dua, ada ler budgetnya. Tapi ni untuk 30 orang, maunya bangkrap.

So, cuci mata jer la dulu kat dalam kedai ni. 












16 comments:

  1. nani pun kalau bab bab nak mencar hadiah memang peningg kepala. haha

    ReplyDelete
  2. Hui rambang mata...mcm2 ada..

    ReplyDelete
  3. rambang mata satu, pening pun yea.. hihi..

    ReplyDelete
  4. amboi..sempat posing lagi mama ek..hehe..rambang mata tengok..macam2 barang kraf yang cantik-cantik..

    ReplyDelete
  5. zaza pun boleh pening jgak mama hihihi.. nak2 bila tgok kdai mcm2 ada, boleh jadi pengsan hehe..

    ReplyDelete
  6. hehe. dah habis pening ke belum kak?

    p/s : sory kak lambat review :')
    http://rainfallasleep.blogspot.com/2015/01/review-blog-1-mama3farhanahblogspotcom.html

    ReplyDelete
  7. huhu pening kalau nak mencari cenderahati ni :)

    ReplyDelete
  8. Wow, macam best je masuk kedai kraft ni :) suka tgok hasil yg cantik :)

    ReplyDelete
  9. sis JM mmg x boleh masuk kedai2 mcm ni RM100 belum cukup nih

    ReplyDelete
  10. memang laa bab cari cenderahati memang mencabar minda dan kewangan.. kat opis nih nasib bab tuh dah ada orangnya.. jadi tak perlu risau laa kalau ada program apa2..

    ReplyDelete
  11. bab nk cari cenderahati ni slalu jd lama

    ReplyDelete
  12. hahaha bab nak beli hadiah sebenarnya memeningkan kan.. sbb takut tak kena ngan selera.. emak CT kalo ke klantan mmg dia borong kain batik.. cecikgu rajin pakai batik weee ~

    ReplyDelete
  13. Kalau bajet besar xde masalah.
    Kalau ciput tu yang fenin.

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.