DOMINO'S PIZZA HANYA RM5 SAHAJA

Tetiba pulak teringin nak makan domino pizza bila dengar ada diskaun. Mulanya nak makan untuk lunch tetapi ada hal last minit. Jadinya makan pizza la untuk dinner.

Cheq pergi dengan 3 orang puteri cheq. Ingat senang nak control diaorang ni. Lari ke hulu ke hilir. Nak order pun dah tak pikir lama-lama. Pakai tunjuk dengan jari sambil mata duk menjeling diaorang 3 beradik.

Disebabkan murah cheq order 2 biji pizza jer, tu pun yang personal... (kedekut). Beli banyak-banyak nanti tak habis. Cik husband cheq bukannya makan sangat jenis-jenis ni. Dia perut orang melayu, kena makan nasi.

Sambil menunggu order. Nampak baik kan
3 beradik ni, padahal duduk diam ni tak
sampai 2 minit pun. Kakak seksi dengan
baju kelawar.

Pantang jumpa tangga. Turun naik, turun
naik.

Dari situ, kanak-kanak boleh tengok cara-
cara dioarang sediakan pizza. Emak bapak
tak boleh tengok ke??? Boleh, kalau rasa
muda lagi, hehehe

Cheq pun tak tahu apa yang cheq order. Yang pastinya
salah satunya tu beef peperoni. Yang satu lagi tu tunjuk
dengan jari ja.
Kalau cheq bawak 3 orang puteri ni memang cheq akan beli dan take away ja. Tak boleh nak makan di situ sebab crowded sangat. Nanti makan entah kemana, asyik kejar si baby ja. Promosi diskaun ni sampai bulan Februari kut. Apalagi, jom la serbu.




16 comments:

  1. Wah RM5 je? xboleh lepaskan peluang ni :)

    ReplyDelete
  2. murhnyer..mesti ramai yg order kan.tp kan sedap x...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..jenjalan sini

    ReplyDelete
  4. Sedapnya kak... sy suka mkn dominos dr pizza hut.. ooo promosi masih berjalan la... boleh beli lagi nnt hehehe.. awal bulan hari tu patut beli murah je... tak perasan pulak.. selalu opis je blnje ekekeke ^^

    ReplyDelete
  5. thanks mama bgtau, nnt boleh ajak hubby g beli. kalo sue kuar dgn anak2 pun akan take away. x leh makan kat kedai. depa x leh dok diam.

    ReplyDelete
  6. memang murah sangat pizza tu kan..kat sabah ni takde dominos pizza ni..huhu

    ReplyDelete
  7. pizza hut pun sama jugak sekarang :D

    ReplyDelete
  8. Kena serbu Domino's nie, tok zumal pun suka pizza Domino's nie ^-^

    ReplyDelete
  9. baby tak nak duduk dalam baby chair ka hehe

    ReplyDelete
  10. murahnya...best jadi budak-budak pakai baju kelawar gi mall pun no problem..haha

    ReplyDelete
  11. Waaahhh..murahnya.
    Samalah kalau budak bertiga ni jenuh berkejar sana/i kalau bawak keluar.
    tapi yang peliknya si no3 senang nak kawal compared abang2nya.

    ReplyDelete
  12. domino memang sedap. lepas ni try la bbq chicken. sedapppp. ^^

    ReplyDelete
  13. cool gila pakai baju kelawar aje.. anak xpe kak jangan maknye sekali hehehe.. rm5 aje eh.. personal pun da cukup.. bebudak bukan makan banyak sangat.. pepperoni antara fav..

    ReplyDelete
  14. Adik pakai baju kurung ke tu? Hehe. Sedapnya makan pizza kalau cheese bnyk gila

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.