TERSEREMPAK DENGAN MY EX

Pagitadi dalam pukul 5 pagi, dalam perjalanan balik ke rumah. Dengan tak sengaja mengambil jalan kampung. OMK, sunyi sepi..jalan lurus nampak kabus ja kat depan. Dah la drive sorang-sorang, rasa seram sejuk ja. Nak lajukan kereta tak boleh sebab ada bonggol. 

Tiba-tiba dari jauh nampak ada lampu kereta menghala ke arah cheq. Hati terus rasa lega. Makin lama makin dekat. Bila berselisih kereta, cheq sempatlah jeling ke arah kereta tu. Baru tersedar itu adalah ex cheq.

Terus nostalgia datang menerpa. 3 tahun lamanya kami bersama.Banyak suka duka family cheq yang kami kongsi bersama. Mengelinggi semenanjung Malaysia bersama-sama. Ex cheq ni pun pernah 2 kali masuk wad. Susahnya hati bila dia tiada disisi. Tak banyak kerenah langsung. Itulah dikatakan jodoh kann.. dah takde jodoh dengan dia, terpaksa la kami berpisah dan cheq cari pengganti lain.

Saspen tak kawan-kawan... 
Cheq bukannya cerita pasal ex-boypren tau. Cheq seorang yang setia pada yang satu. Cheq cerita pasal ex-kereta cheq. Senang rasa hati bila tengok perempuan yang bawak kereta tu. Mana taknya, masa bersama kami memang cik husband jaga betul-betul kereta tu. Sampaikan anak-anak nak makan dalam kereta pun dia tak bagi. Masa nak tukar kereta tu rasa sedih jugak, tapi dah rezeki nak tukar kereta yang besar sikit...hihihihi


18 comments:

  1. hehe dh agak da masa sis cete tu pasal kete...

    ReplyDelete
  2. haha..memang suspen baca cerita mama tadi..ingat betul terserempak dengan ex..huhu..

    ReplyDelete
  3. hahaha tajuk entri suspen giler..sampai perenggan 1 masih suspen ahahhaaa XD

    ReplyDelete
  4. Hahahah. ingatkan ex boyfriend tadi. buat suspen betul mama :D

    ReplyDelete
  5. hehehe suspen2.. dila pun rasa macam tu dulu bila nak tukar kereta baru ..rasa sedih nk tinggalkn kereta lama :)

    ReplyDelete
  6. hehe,mula-mula tu terdetik jugak dihati.Biaq betui.takkan laki dia tak jeles kut...siap terkenang kenangan lalu lagi.

    ReplyDelete
  7. Agak dah pasal kereta :) hikhikhik :)

    ReplyDelete
  8. hahaha mama, suspen je ye hehe :) nice entry lah dear .. :)

    ReplyDelete
  9. hahaha. awai2 tu excited jugak baca. ingatkan ex bf tadi. hehe

    ReplyDelete
  10. memula baca tu mmg saspend tau...rupanya ahahah...kereta...tertipu mulanya

    ReplyDelete
  11. memang suspend jer masa mula baca.. rupa2nya Eyda tertipu.. huhuhu.. yelah bukan senang nak jumpa ex-keta kita.. ada akak kat opis kerana ex-kereta, dia sampai nak masuk ke dalam ex-keta dia.. kebetulan masa tuh keta baru dan ex-keta letak berhampiran.. hehehe..

    ReplyDelete
  12. laaa ingat ex apa...kereta ka...

    ReplyDelete
  13. hahahaha CT serious ingat ex bfren ke haaha tapi awat ada kaitan ngan lampu kete bahahah.. amboi amboi..

    ReplyDelete
  14. heheheh ! kemain suspen ceritanya yer ;)

    ReplyDelete
  15. Sabar jer la....suspen x hengatnya....

    ReplyDelete
  16. Alaaa..buat suspen je mama ni.
    Saya dah terkejut mama cerita macam still ada hati kat X. Cite kat blog pulak..tak takut suami marah ke.
    Hehe..

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.