DaH StArT KeRjA

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 





Setelah 2 minggu cheq cuti, harini cheq dah mula kerja. Ambik kauuu...baru start kerja dah kena kerja sampai 12 jam. Kalau ikutkan cheq akan mula kerja esok hari tapi nama cheq naik untuk jadi pegawai bertugas. Cari pengganti takde sapa yang sudi plak. Kena lah datang jugak.

Naik hairan member-member sekerja tengok cheq datang kerja siang hari di hari minggu ni. Dioarang ingatkan cheq ni mamai sebab berpuasa. Sebabnya kalau hari minggu cheq suka kerja malam, siang ni rasa panjang sangat masanya.

Macam biasa lah, masuk ofis tengok banyak fail-fail yang sedia menanti. Yang paling best ada parcel. Nanti cheq tayang apa benda dalam parcel tu ya. Dan juga nampak kegembiraan di muka-muka pegawai penyiasat cheq. Mana taknya, baru letak punggung atas kerusi, diaorang dah bawak IP diaorang untuk diminit. 

Kata mereka, pegawai lain susah sangat nak minta tolong minitkan IP dioarang ni. Tu lar korang, time cheq ada orang pun tak teringin nak belanja cheq makan, minum apa tah lagi. Bila dah takde, baru korang rasa. Menyombong tak tentu pasal. Nak ja cheq buat tak tahu tapi hati ni lembut sangat, tak sampai hati. Takpe lah, dapat pahal jugak kannn..

Bermula harini, kembalilah kepada rutin biasa dan tambah sikit rutin untuk bulan puasa ni iaitu bangun sahur.

13 comments:

  1. lamanya cuti, 2 minggu..cuti apa tu? *busy body plak*

    ReplyDelete
  2. Selamat berpuasa masa farhanah seronoknya cuti lama

    ReplyDelete
  3. selamat bertugas kak Ann raya akak kena bertugas ke

    ReplyDelete
  4. selamat bertugas kak!
    http://nuruleimanhikmah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Moga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  6. biasa mcm tu..bila x de baru nak 'ingat'

    ReplyDelete
  7. beruntung la cuti 2 minggu.
    aida pernah apply straight 1 minggu, tak sukses.
    bos kata, nanti fail byk, pelanggan marah :( hu hu hu...

    ReplyDelete
  8. Selamat kembali bertugas mama :)

    ReplyDelete
  9. ape yg diminit kan.sy tidak mengerti hihi

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.