SAKIT JANTUNG
Sekiranya BMI badan meningkat, risiko penyakit jantung juga akan meningkat. Penyakit ini tersenarai sebagai penyakit nombor 1 di dunia.
6,000 kematian tahunan akibat sakit jantung
KENCING MANIS
Kencing manis atau diabetes adalah penyakit bilamana paras glukosa dalam darah tinggi. Diabetes jenis kedua terjadi apabila penghasilan insulin yang berkurangan. Kebanyakan pesakit diabetes mempunyai berat badan berlebihan.
2,100,00 menghidap kencing manis/diabetes.
KANSER
Berat badan berlebihan juga meningkatkan risiko anda untuk kanser usus, payudara, rahim dan pundi kencing.
40,000 kes kanser baru setiap tahun
DARAH TINGGI
Tekanan darah yang tinggi mampu merosakkan badan dalam pelbagai cara. Kebarangkalian anda menghidapi tekanan darah tinggi adalah besar sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan.
------------------------------------------------------------------------------------------
Bila cheq dapat pamplet ni dan cheq hayati membacanya. Hati ni timbul risau sebabnya family cheq memang badan besar-besar semuanya. Daripada tok, emak sampailah ke kami adik-beradik ni. Tok ngan emak memang ada darah tinggi. Kakak sulung pun dah mula makan ubat darah tinggi sebab tekanan darah dia memang dah atas pagar ja.
Ayah cheq pulak ada kencing manis. Bila time gula ayah terlampau tinggi atai rendah, memang dia lemah sangat. Hari kenduri haritu, maybe ayah rasa badan dia lemah kut. Ayah terus pergi dapur makan gula dalam sudu. Lepas tu dah ok.
Nampaknya cheq kena jaga pemakanan dan sentiasa bersenam supaya berat badan ni tak naik berlebihan. Sekarang ni pun memang dah terlebih..huhuhu
Info terbaik...
ReplyDeletemmg risiko kalau berat berlebihan ni tapi ada gak org kurus dapat penyakit2 ni
ReplyDeletesama la kita badan berisi baru ni.baru lps chek kesihatan harap xde pape la tu
ReplyDeletesama sama la kita jaga kesihatan, ann.
ReplyDeleteside abah aida pun ada keturunan diabetes.
in shaa Allah ~ pemakanan yg sihat & eksesais kan :)
Semoga kita terhindar dari semua pnyakit ni..
ReplyDeletesemoga kita dijauhi penyekit sebegini..
ReplyDeleteAssalam ann,
ReplyDeletenice sharing :)
nice sharing
ReplyDeletepape pon kene amalkan pemakann yang sihat supaya dijaohkan dari mcm penyakit
kak kite tak normal. kurang berat. ingat kan dah raye naek lah siket,hampehh tp alhamdulillah sihat hihi
ReplyDelete