EmMa MaEmBoNg KeNa HiNa TaKdE SPM

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Sebelum ini Emma Maembong pernah dihina kerana tidak mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) oleh salah seorang individu di laman sosial. Walaubagaimanapun, buat Emma tiada siapa yang boleh menghakimi seseorang jika mereka tidak pernah berada didalam kehidupan orang yang mereka hina itu.
Emma juga pada masa yang sama tidak cepat melatah dengan kontroversi tesebut dan sudah memaafkan mereka yang membencinya itu.


Subhanallah, cantiknya ciptaan Ilahi ni

Orang boleh bercakap tentang apa sahaja tetapi hakikatnya cuma saya dan keluarga yang tahu. Saya bekerja siang dan malam, tidak cukup tidur dan sakit pening saya. Apa yang mereka tahu dan lihat, saya pakai barang mahal dan bercuti ke luar negara. Sejujurnya, saya bangga untuk memberitahu, memang saya tidak mempunyai kelulusan SPM.Tanpa SPM, saya tidak pernah meminta wang daripa orang lain.Saya boleh sara keluarga, itu sudab memadai

Tambah Emma lagi, beliau mahu kejayaan yang dikecapi oleh beliau kini menjadi satu motivasi kepada anak-anak muda yang kurang berjaya di dalam pelajaran.
 Hidup ini  tidak semestinya berakhir tanpa segulung sijil akademik. 
Apa yang penting seseorang itu harus bekerja keras demi mencapai impian mereka.Tiada segulung ijazah tidak semestinya seseorang itu tidak pandai. 
Kadang-kadang ada diantara kita yang mempunyai ijazah tetapi rakan kita yang tidak memiliki sebarang sijil akademik sudah lebih berjaya.


Inilah budak yang hina Emma tu. Entah-entah budak
ni SPM pun tak lepas lagi


Tiada SPM tidak bermakna seseorang itu tidak mempunyai akal yang lebih cerdik.
Tidak semua orang yang belajar tinggi-tinggi dapat melihat sesuatu perkara dengan lebih matang.

Sumber : Kosmo

11 comments:

  1. ramai je orang yang berjaya walaupun takde SPM..

    ReplyDelete
  2. hahaha janji duit dia skrang ni berkepok.. tah lagi banyak dari those yang ada spm hehe..

    ReplyDelete
  3. Macam macam hal sekarang ni

    ReplyDelete
  4. ramai org boleh berjaya selain dlm bidang akademik. :)

    ReplyDelete
  5. ishhh...dh x de keje nak buat ke budak tu

    ReplyDelete
  6. Rezeki masing2...SPM xde pun boleh hidup..kan emma kan?

    ReplyDelete
  7. kejayaan dalam bidang akademik bukan bermakna kita dapat bekerja mengikut kelulusan kita.. ada yang tiada lulusan tinggi pun boleh berjaya..apa pun rezeki masing2 hanya Allah yang tahu..

    ReplyDelete
  8. orang dengki xleh nak tgk org lain senang
    orang dulu2 pon belajar xtggi tapi boleh je sara keluarga

    ReplyDelete
  9. dah kenape nak hina org sampai mcm tu.nasib kite pun belum tentu lg mcm mane

    ReplyDelete
  10. Bukan budak tu sorang je yg kutuk emma takde sijil spm ramai lagi kat twitter tu ha
    Tak sedar malaikat tengah catat dosa dorang tu eishh2 buat emma maembong teruskan berdoa dan wish u goodluck!

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.