JoiN MajLiS BerTaNdaNg

Assalamualaikum..

Sejak cheq bekerja ni, jarang sangat cheq dapat menghadiri majlis-majlis kenduri sedara-mara cheq kat kampung. Tapi cuti kali ni, sempat singgah kenduri kahwin sepupu. Tu pun sekadar singgah makan ja, sampai pun dah pukul 3.30 petang. Yang penting dapat makan ayam masak merah..theeeeeheee

Cheq jugak dapat ikut rombongan bertandang ke majlis belah pengantin lelaki plak. Tu pun disebabkan rumah pengantin lelaki di Rantau Panjang, Kelantan. Menghala nak balik ke rumah cheq jugak. Kitaorang konvoi beramai-ramai dari Perlis. Sedara-mara lain singgah bermalam di homestay kat Rantau Panjang, tapi cheq terus balik Kota Bharu, tidoq kat rumah sendiri. Esoknya baru bergerak semula ke Rantau Panjang untuk majlis bertandang tu.

Berselfie bersama pengantin dan sepupu-sepupu.

Bersama emak-emak menakan a.k.a emak sedara

Sebelum ke rumah pengantin.

Tumpang bergambar dengan pengantin atas pelamin

Bersama 2 orang anak dara cheq.

Inilah pengantinnya. Semoga kekal bahagia
hingga anak cucu.


Lain sikit adatnya kat sini. Kalau sebelah utara, untuk majlis bertandang ni, pihak lelaki yang akan datang menjemput pengantin perempuan. Dan pergi bersama-sama rombongan perempuan ke rumah pengantin lelaki. Tapi kat sini pengantin lelaki tunggu kat rumah
, jemput pengantin perempuan depan rumah ja. Pengantin perempuan yang datang sendiri.

Itulah yerrr, lain negeri lain adatnya. Yang penting majlis berjalan lancar dan pihak rombongan kami memang berpuas hati dengan layanan pihak keluarga pengantin lelaki. Nampaknya, bertambahlah sedara cheq kat Kelantan ni. Padahal rumah pengantin lelaki ni memang cheq lalu bila nak balik ke Perlis. Raya nanti bertambah lagi rumah nak berkunjung.

12 comments:

  1. Semoga jodohnya hingga ke Jannah.. Lawa tema hijau.. sejuk mata memandang..

    ReplyDelete
  2. untungla..ramai saudara kat kelantan..:)

    ReplyDelete
  3. tahniah !.. makin meriah la raya nnti ye mama..

    ReplyDelete
  4. Assalam ann,
    laaa yer ker
    iols tak tau pun adat2 itu
    my mak pun rock
    masa kenduri belah iols memang Hubby mai asing dengan family dia la kan3
    tapi masa kenduri belah hubby, iols & hubby memang dok kat rumah PIL sesiap
    nampak benor gelojoh yer dop he3

    ReplyDelete
  5. Tahniah buat pengantin... Lama x join rombongan pengantin...

    ReplyDelete
  6. Cantik ijau baju pengantin tu.
    berkenan di mata aida.

    ReplyDelete
  7. Tahniah buat sepupu mama :) semoga berkekalan hingga ke jannah :)

    ReplyDelete
  8. meriah...sekali sekala wefei memang best

    ReplyDelete
  9. semoga berkekalan hingga ke Jannah..

    ReplyDelete
  10. tu ramai org kedah Cari org Kelantan hihihi...

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.