MeNgAmiT MeMoRi : BeRtuKaR-TuKaR JuAdAh Di BuLaN PuASa

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Lega sikit rasanya bila berpuasa di tempat kerja ni.
Hanya fokus untuk buat kerja ja, tak pikir benda lain dah.
Bila duk kat rumah, kenalah plak masak untuk anak-anak kecik yang tak puasa tu.
Dugaannnnn....

Cheq bukannya nak cerita pasal tu.
Cheq nak imbas balik moment-moment terindah berpuasa di kampung dulu.
Mengamit memori di bulan puasa yang paling cheq ingat sangat adalah bertukar-tukar juadah.
Cheq ni walaupun nama duk kampung tapi rumah antara satu sama lain tu jauh.
Cuma rumah makndak ja ada sebuah kat belakang rumah.
Petang-petang kami adik-beradik akan tolak-menolak untuk hantar kuih rumah makndak.
Malu kut-kut makndak tak balas balik kuih tu ataupun bagi pinggan kosong.
Heheehehe..
Tapi makndak ni tetap balas, kalau takdak kuih dia akan bagi buah ke..
Cheq time tu budak-budak memang syok kalau dapat balasan balik.
Walaupun kadang-kadang balasan tu kuih yang sama dengan emak cheq buat.




Zaman sekarang tak tahulah ada tak lagi rutin macam ni.
Macam cheq ni memang tak lah nak buat. 
Tinggal kat apartment, dah tu sorang-sorang kat tingkat 4 ni. 
Mana ada jiran kiri-kanan.

Puasa sekarang ni pun dah tak seronok macam puasa dulu-dulu lagi.
Kalau dulu time nak tunggu berbuka, masing-masing dah bersila hadap hidangan.
Sekarang ni sempat lagi tengok tv, main game.
Semakin lama, semakin lupus keseronokan berpuasa.
Seronoknya cuma bulan puasa ada banyak jenis pelbagai makanan.

11 comments:

  1. tau xpe.. yoorin pon rindu kalau kat kampung di johor kami panggil tu munjung..ni dok kl nak bagi kat jiran pon x berapa nak kena;l... beli pon kat bazar je... rini rumah xde air..sedih,,nak masak sedap2 xde chance

    ReplyDelete
  2. ekin duk sini nak saudara2 abg selalu bgi kuih utk berbuka time diaorg bgi kena ekin tak buat kuih kdg2 segan gak la kita mcm tu...

    ReplyDelete
  3. Betul tu..amalan tukar2 juadah da xde da..x mcm dulu2..seronok..

    ReplyDelete
  4. Seronok amalan bertukar juadah ni.. Tapi amalan ni dah hampir pupus dah..

    ReplyDelete
  5. Seronok sangat amalan bertukar-tukar juadah nid tp dkt tmpt sha nie kurang sikit..

    ReplyDelete
  6. dh x de dah...d kampung un x de...

    ReplyDelete
  7. Assalam ann,
    dedolu masa kecik2 dok kat kedah memang tetiap hari laaaa
    ni sekarang dok umah sendiri kat penang nan hado
    sob3

    ReplyDelete
  8. umah aida masih mengamalkan tradisi ni.
    sebab umah bawah, ann.
    pastu semua jiran memang dok umah sendiri.
    lebih sepakat.

    ReplyDelete
  9. pernah jugak berbalas juadah dalam 2 tahun lepas.. itulah semua nih makin pupus ditelan masa..

    ReplyDelete
  10. dah ssh da kalau cmni
    masing2 pon buat hal sndiri
    siap ade yang xkenal jiran pon ada

    ReplyDelete
  11. dulu dok umah lame salu gak ibu suruh anto umah jiran.masing2 taknak sbb segan. skrg ni kat umah baru ibu yg hanta sndri sbb kiteorg tak knal. haha

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.