★★ KEBUNTUAN IDEA ★★

Pening kepala bila jadi surirumah sepenuh masa ni. Pening memikirkan menu makan untuk suami dan anak-anak. Semalam dah buat kurma ayam. Heroin-heroin cheq ni langsung tak sentuh pun. Susah betul diaorang ni nak makan selain daripada sup. Sup, sup dan sup...

Lauk pun tinggal ikan 4 ekor dalam peti ais selain telur ayam. Dah tak mampu nak bergerak ke pasar dengan 3 heroin ni. Barang yang nak dibeli harga RM10 ja, tapi kalau bawak 3 heroin ni, jadi RM30 la. Pantang jumpa jajan padahal jajan dah berlambak kat rumah. Eloknya makan ja lah apa yang ada. Akhirnya, terjadilah sup telur.

Bahan-bahannya :
Telur
Bawang merah *
Bawang putih *
Halia *
Garam secukup rasa
Air kosong
Minyak masak
Kuali
Dapur gas
Bahan yang bertanda * cheq tumbuk halus agar tidak dapat dikesan oleh heroin cheq. Diaorang tak suka bawang.

Cara memasaknya :
1. Panaskan minyak dalam kuali di atas dapur gas.
2. Bila minyak dah panas masuk bahan * yang telah ditumbuk halus.
3. Tumis sehingga naik bau, dan masukkan air kosong.
4. Bila air dah mendidih, pecahkan telur satu persatu. Pastikan air dah mendidih untuk pastikan telur tidak pecah dalam kuah.
5. Masukkan garam secukup rasa
6. Bila dah agak telur masak, rasa kuah pun dah cukup rasa, bolehlah dihidangkan.


Pastikan kuah tu betul-betul mendidih sebelum masukkan telur


Tarra dah siap

Rupanya sedap jugak. Kalau tak sedap, takkan kakak dan adik bertambah nasi. Baby pulak sampai angkat pinggan hirup kuah sup ni. Mama diaorang ja kurang selera, jangkit selsema dengan baby. Syukur alhamdulillah, dapat jugak menikmati makanan berbanding dengan orang yang susah.

11 comments:

  1. sy selalu jgk buat.. nak2 time duduk umah kakak sbb anak2 buah suka makan...hehehe

    ReplyDelete
  2. Sup telur sekali sekala ni selera kak far... lelagi untuk bebudak... telur & bebudak ni macam kawan baik je.. haha

    ReplyDelete
  3. hahah..sama la kite kalau takde idea nak masak tuk ank..

    ReplyDelete
  4. Senang klu semua mkn telur..cam ank sya yg sulung suka telur..yg kembar x suka n susah sikit mkn..penin jugak klu nak bt makan nii..

    ReplyDelete
  5. Haha.akk memang pandai..siap tumis.klau saya lebur je..xpayah bawang bagai..anak saya alhamdulillah senang xmemilih..

    makan apa sahaja..saya pulak yang ske goreng telur..

    jemput ke blog

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah lega bila anak mau makan kan..

    ReplyDelete
  7. Assalam ann,
    iols kalo masak hat ni pun jangankan kata my boboboy yang pulun
    my hubby pun sama naek hokeyh he3
    sedap hokeyh sup teloq kan3

    ReplyDelete
  8. Lepas tu letak petola..lagi sedap..hehehe :)

    ReplyDelete
  9. wana buat juga menu macam ni kalau dah penyakit M datang menyerang..heheh.

    ReplyDelete
  10. Alahan pada telur.. mkn dia naik en jerawatnya

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.