Bantu Selagi Mampu

Assalamualaikum semua.
Harini cheq bekerja dalam keadaan yang sibuk sekali.
3 buah telefon berbunyi serentak, tak menang tangan nak angkat.
Semuanya nak tahu perkembangan banjir dan meminta bantuan.

Disebabkan cuti panjang sempena krismas, ramai yang nak balik bercuti di Kelantan.
Masing-masing telefon bertanyakan jalan yang boleh dilalui.
Nak ja cheq tak bagi diaorang balik, sebab keadaan banjir yang semakin membimbangkan ni.

Ramai jugak yang telefon minta bantuan untuk berpindah di saat-saat kritikal.
Sebenarnya ramai yang taknak berpindah walaupun telah dinasihatkan.
Disebab sayangkan harta benda dan ada juga yang kata dah biasa dengan banjir.
Sanggup naik berteduh di rumah tingkat dua.
Tak sampai setengah jam, diaorang telefon balik minta bantuan untuk berpindah keluar.
Air sangat cepat naik hingga ke tingkat 2.
Walaupun keadaan dah semakin sukar, bantuan tetap sampai.

Paling sedih bila terima panggilan daripada sanak-saudara mangsa yang terkandas di Kuala Krai.
Menangis-nangis minta sanak-saudara diaorang diselamatkan.
Memang di sana keadaan teruk sangat, pusat pemindahan banjir pun dah dinaiki air sehingga 2 tingkat.
Mangsa-mangsa terpaksa naik ke atas bumbung dan lari ke atas bukit.
Terputus semua perhubungan. Sampai balai polis pun ditenggelami air.

Memang menguji kesabaran dan jiwa raga cheq bertugas harini.
Pada yang memang betul-betul dalam kesusahan, kita hantarkan bantuan.
Pada yang saja main-main tu memang cheq bantai cukup-cukup.
Habis ternganga anak-anak buah tengok cheq mengamuk dalam telefon tadi.
Hilang kesabaran kejap.
Cheq yang pada mulanya control cakap baku, pun dah tak boleh nak teruskan.
Keluaq jugak loghat kedah.
Rupanya penat sangat control cakap ni.

Ini adalah amanat daripada ketua polis daerah kota bharu.

SITUASI BANJIR DI KOTA BHARU - 24/12/14
Saya ACP Rohaimi B. Md Isa sebagai Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Kelantan ingin memberi NASIHAT KESELAMATAN semasa bencana banjir seperti berikut :-
Berpindah SEGERA ke pusat pemindahan banjir khasnya pada waktu siang dan terutamanya mereka yang tinggal berhampiran kawasan sungai.
Patuh kepada arahan dan nasihat pasukan keselamatan untuk berpindah dengan kadar segera sekiranya dimaklumkan sedemikian.
Siapkan dokumen-dokumen penting dan barangan berharga di suatu tempat agar mudah dibawa bersama dengan segera apabila diperlukan.
Jangan tunggu sehingga air naik ke paras bahaya sehingga sukar untuk diselamatkan.
Jangan letak kenderaan di kiri dan kanan jalanraya sehingga menghalang kenderaan pasukan penyelamat sampai ke kawasan bantuan banjir. Susun dengan teliti di sebelah bahu jalan sahaja.
Jika anda perlukan sebarang bantuan kecemasan banjir, sila hubungi Pusat Kawalan Bencana Banjir Polis IPD Kota Bharu seperti berikut :-
09-7752262 (IPD Kota Bharu)
09-7455728 (IPK Kelantan)
Tuan/Puan yang menerima mesej saya ini, DIBENARKAN untuk menyebarkan NASIHAT KESELAMATAN ini sebagai peringatan kepada semua ahli masyarakat dan keluarga, khasnya dalam kawasan daerah / jajahan Kota Bharu tanpa sebarang penambahan / pindaan di buat.
Harap maklum dan TERIMA KASIH.

(ROHAIMI B. MD ISA) ACP
Ketua Polis Daerah 
Kota Bharu

#maklumat terkini : dijangka air akan terus naik dan semua penduduk diminta untuk bersiap-sedia berpindah sekiranya diminta berbuat demikian. Kawasan Pintu Geng, Baung dan Pengkalan Chepa akan dinaiki air malam ni. Kawasan bandar di hadapan Pasar Siti Khatijah dah naik air separas betis. Pray For Pantai Timur.

Hadapan Pasar Siti Khatijah


26 comments:

  1. Smg dipermudahkan mama untuk menjalankan tugas. Kita sama2 tlg doa untuk semua mangsa banjir insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Sedih jugak sebenarnya....
    tak mampu bayangkan kalau kita ada dalam situasi mereka ...
    #prayforpantaitimur

    ReplyDelete
  3. allahuakbar. mama, terima kasih krn masih berkhidmat dlm keadaan macam ni. moga semuanya selamat.

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan mama...Alhamdulillah, jasa mama dan kawan2 insyaAllah Allah nampak dan besar ganjarannya nanti...terima kasih atas bantuan yang diberikan. Kami yang jauh mendoakan yang terbaik..

    ReplyDelete
  5. kampong kita pun Banjir...
    Semoga semuanya dipermudahkan

    ReplyDelete
  6. allahu. semoga dipermudahkan segala urusan mangsa banjir :)

    ReplyDelete
  7. semoga dipermudahkan. kesian sebenarnya macam mana lah mereka hadapi semua ini.

    ReplyDelete
  8. semoga mangsa banjir tabah dan didoakan semoga banjir cepat surut.

    ReplyDelete
  9. Trauma bila kenangkan banjir ni..

    ReplyDelete
  10. Ya Allah risau kan dengan keadaan banjir yang makin meruncing nih.. harap banjir nih akan cepat surut..

    Maaf tag mama untuk GA nih http://izzeyda.blogspot.com/2014/12/postcards-giveaway-from-czech-germany.html

    ReplyDelete
  11. semoga rihan terus bertahan menjalankan tugasan..
    semoga mangsa semua selamat

    ReplyDelete
  12. semoga mereka semua selamat dan semoga banjir beransur pulih dgn segera, Aamiin.

    ReplyDelete
  13. kdgkala payah bila rasa kita lebih tahu rumah kita, kwsan kita hgga bila dah melarat masalah tu, baru nk dgr arahan. antara hikmahnya, Allah nak bg kita rendah dri, dgr dan taat, redha n sabar.

    semoga perginya dosa2 kita bersama air bah ini.

    ReplyDelete
  14. semoga cepat surut banjir ini. Kami di utara sentiasa mendoakan yang terbaik buat rakyat pantai timur
    #prayforpantaitimur

    ReplyDelete
  15. Pray for Pantai Timur..besar sungguh dugaan kali ini.. hampir seluruh negeri tenggelam..semoga Allah mmberi kekuatan kepada semua..Amin

    ReplyDelete
  16. Wahai bumi telanlah airmu dan wahai langit berhentilah curahan hujanmu. Amin.
    Moga semuanya selamat.

    ReplyDelete
  17. semoga segalanya dipermudahkan.. sayu tgk keaadan kat sana.
    Wahai bumi telanlah airmu dan wahai langit berhentilah curahan hujanmu. Aaminn.

    ReplyDelete
  18. sebak rasa baca entri mama ni..wana dapat rasakan walaupun tidak berada disana..

    ReplyDelete
  19. kesiannya diorang... keluarga saya kat Kelantan pun dah tahap ke paras pinggang. xtahu la pe jadi skang.. dah terputus hubungan...

    ReplyDelete
  20. Dengar pengalaman kawan2 dari Kelantan tentang banjir kali ni, tak tergambar perasaan mangsa2 yg terlibat. Sesungguhnya bersar ganjaran untuk org2 yg bersabar. Moga Allah kurniakan ganjaran dan kemudahan kepada mangsa yg terlibat.

    ReplyDelete
  21. Tu yg tgk paper keadaan lps bnjir mcm tsunami..huhu.

    ReplyDelete
  22. kena hati hati even air da surut pun..
    besar betul dugaan kali ni..

    ReplyDelete
  23. Ada yang kol main2 ka kak? Ya Allah, sedih baca apa yg mereka alami

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.