Sponsor Oh Sponsor

Ini sesi luahan perasaan marah mengenai sponsor untuk giveaway. Cheq ada terpilih sebagai pemenang untuk satu giveaway yang besar jugak la. Admin umum pemenangnya sebelah pagi, sebelah petangnya cheq terus berhubung dengan sponsor yang cheq menang tu.Hari kedua baru dia balas dan suruh cheq tunggu dulu. Dua hari kemudian sebelah paginya baru cheq baca mesej yang dia balas tu. Sebabnya cheq memang jarang onn fb sekarang ni. Cheq balas jawab ok dan mintak dia maklum balik kalau ada apa-apa perkembangan. Sebelah petangnya, sponsor tu boleh announce dalam fanpage dia untuk pemenang berhubung dan bagi detail pada sponsor...cheq tahu pasal ni pun masa tuntut hadiah tadi.

Petang tadi sekali lagi cheq mesej dia berkenaan hadiah ni. Tu pun ternampak post dia kat blog. Lagipun cheq cuti seminggu ni kat kampung memang takdak line internet, jadi dah lupa pasal hadiah ni. Pada mulanya elok ja dia minta detail cheq. Sekali lagi mesej dia kata tempoh dah tamat. Huhhhh...selama ni cheq yang beria mesej dia dulu pada hari umum pemenang lagi. Dah memang tahu cheq tu pemenang untuk dia sponsor, susah sangat ka nak balas mesej bagitahu sepatah dua. Kut la tak pernah berhubung, dia nak kena buka blog sorang-sorang pi cari pemenang.


Cheq pun dah beberapa kali jadi sponsor. Selagi tak settle hadiah pemenang memang cheq takkan senang duduk. Cheq sendiri yang pergi cari pemenang. Kita sponsor letak syarat wajib follow blog la, fanpage la, fb la... susah payah diaorang pun follow tapi sponsor senang-senang lepas tangan nak cari pemenang. Tunggu tempoh tuntut hadiah tamat tanpa mahu bersusah payah langsung. Bak kata admin, mungkin pemenang tu berada di luar kawasan berintenet atau tak perasan. Mungkin sponsor boleh kata takdak masa nak cari pemenang.. bagi cheq senang saja. Kalau takdak masa jangan jadi sponsor untuk apa-apa GA.

Cheq anggap takdak rezeki ja nak terima hadiah dari sponsor tu. Semoga dia bertambah murah rezeki. Psssttt, boleh unfollow blog dia kan, hehehe.


45 comments:

  1. haha unfollow terus ye..
    kite pun ade hadiah yg tak dpat lg. huhu
    klau dah lame sgt, anggap takde rezeki je.. malas gaduh2..
    sabar yee mama.
    kan banyak ga akak join tu.. nanti ade lah luck tuu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe la takda rezeki kat situ.
      Kat tempat lain banyak lagi...
      Hahahah...bunyi macam tamak ja.

      Delete
    2. Doakan lah mereka berubah, haha

      Kaan, anggap lah takde rezeki..
      Bukan tamak, tapi kite dah buat apa yang pihak sponsor nak, kenapa perlu balas macam tu kan? huhu

      Delete
  2. Ayuni pula beritahu pemenang untuk tengok keputusan lucky draw dan banyak kali beritahu tamat tempoh tuntutan hadiah sebab Ayuni pun tiada masa hendak tunggu pemenang yang suka bertangguh, terutama sekali jika dia memang nampak selalu online di blog. Biasanya bila dah maklumkan banyak kali di semua laman sosial dalam tempoh tertentu dan pemenang buat senyap saja, Ayuni letak balik hadiah untuk dimenangi pemenang lucky draw seterusnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau yang senyap terus senang kita nak jawab balik kalau dia tuntut kemudian. Ni masalahnya kita dah msg bagitahu dulu dah.

      Delete
  3. Saya selalu juga dengar kes macam ni. Sebab tu, saya buat GA, seorang-seorang sahaja. Takut kalau ada sponsors lain yang tak menunaikan tanggungjawab dengan betul. Bila buat seorang-seorang, apa-apa hal, saya yang bertanggungjawab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu farah. Tak pasal-pasal buruk nama blog admin.

      Delete
  4. macam2 betul, kalau camtu baik tak payah jadi sponsor. sabaq ja la na. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabaq ja la. Malas nak gaduh, nampak plak macam kebuluq hadiah dia.

      Delete
  5. huhu...
    sabar je la...
    ada lg kes mcm ni sekarang..
    sepatutnya kenalah jujur.. jgn jd sponsor semata nak like byk n kumpul follower..

    ReplyDelete
  6. kekangan internet kekadang agak menyusahkan.. mama ada menang top refferel, tapi sampai kesudahnya takde langsung hadiah..

    mama anggap tu bukan rezeki mama.. takpe, tak pendam dalam hati pun. mama pun kadang kala takde masa nak sediakan hadiah, masa terhad, tapi, mama ingat... mama tak lupa ...

    jangan unfollow, kita berblogging bukan niat nak menang hadiah.. tapi, niat kita nak berkawan .. anggap saja bukan rezeki...

    ReplyDelete
  7. KESIAN nya dekat depa . Kasi je penumbuk ! Ahahahah . Gurau jerrr . Jalan2 dekat sini . Saya setuju dengan luahan hati CHEQ .

    ReplyDelete
  8. Saya xda pula kes macam nhe sebab jarang jadi pemenang..

    ReplyDelete
  9. Hehe, sebab tu tak join mana2 GA/segmen yg melibatkan perkara camni. Dulu pun pernah gk kena sekali dua. :)

    ReplyDelete
  10. owhhh kes saya lain plak.. pemenang yang tak tuntut hadiah. Tak tahu lah nak kata tak aware atau dorang tak kesah pun. Yelar hadiah setakat topup jer.. Tapi mana yang tuntut dgn saya so far alhamdulillah semua saya tunaikan. ^^

    mungkin bukan rezeki akk kot... tape lar halalkan saje. In shaa Allah ada yang lebih baik untuk akk nti..

    ReplyDelete
  11. sy pernah jadi sponsor.. jenuh tunggu dh sebulan lebih xde sorg pn pemenang yg dtg tuntut.. jenuh dh p page sorg2 bgtw.. tpi smpai ke hari xde yg tuntut.. huhuhu

    ReplyDelete
  12. Selalu terjadi macam ni. Kadang rasa macam taknak je join sebarang GA lepas ni lagi, tetapi dah ramai yang jemput kita menyertai GA mereka, terpaksa jugaklah kan. Pernah sangat kena sponsor yang tak reti nak reply bila kita dah bagi detail tu. Ada jugak bagi masa yang sungguh singkat untuk kita tuntut hadiah. Macam tak ikhlas je nak bagi hadiah kan. Nak dapat banyak followers dan likes je.

    ReplyDelete
  13. ada gak orang macam tu... tu la ada teringin nak GA gak sebelum2 ni nak cari sponsor takut jdi macam mama la x jadi... ekin buat segmen2 jah... ni mngkin ada segemn lain lagi

    ReplyDelete
  14. sokong mama . hm, selama ni pun bila terpilih menang mana-mana , dah tuntut, tapi hadiah tak sampai pun . hm, bila cek balik mula la, akaun deactive la , email dah tak guna la , yang kena blok pun ada -.- hm, so dissapoint :( so, bila menang apa pun sekarang , gembira tu tak terasa langsung as long as present tak sampai , hm. susah nak percaya orang sekarang ni kan :(

    ReplyDelete
  15. sis JM pulak pernah jadi sponsor...tapi maasalah sis lain pulak..berkali2 sis email kepada sorang pemenang ni minta detail coz nak bagi hadiah tapi 'dia' pulak buat diam je..

    bagi kes norihan ni, better unfollow je..pesal lak ckp dah tamat tempoh semua bagai sedangkan detail dah di hantar..ishh..baik x perlu jadi sponsoor..bila ranking blog dh naik boleh buat camtu lak...

    ReplyDelete
  16. akk menang grand prize blog yanapinkblossom..tahniah :-)

    Sy pn dh beberapa kali up entry psl sponsor ni kak.mmg skt at huhu

    ReplyDelete
  17. huhu sabar jela sis, murni pun sblm ni ada jgak tkena siap dah bg detail alamat smua, tu pun smpi dia msej murni 2 kali smata2 nk mnta nma & alamat...tunggu punya tnggu smpi skrg x de pun hadiah smpi kat tgn..

    ReplyDelete
  18. memang kes macamni selalu jadi, pihak sebelah sana lepas tangan,lagipun traffik blog dah naik..apa nak dikisahnya pada kita si picisan

    anggap jela takde rezeki

    NadiaMansor menulis tentang.. : Tips Cepat Timbang Cahaya Mata

    ReplyDelete
  19. Tau xpe. Kdg2 sakit hati sponsor mcm tu. Hrp2 sposor segmen qis kli nie ok la. Huhu. Sabar jela kak. Nk buat mcm mne. Klo sy ajar bnde jht kang xbole jgk..hihi
    Jom Join Segmen Zaman Persekolahan

    ReplyDelete
  20. ramai mengalami nasib yang sama mamafar... sha lagi suka bila sponsor cari sendiri pemenang tu... sebab macam sha kekadang bz, tak sempat atau kekadang tak perasan pengumuman pemenang.... yang mana sha tak perasan tu... bukan rezeki sha ler kiranya.. haha

    ReplyDelete
  21. sabar ye akak. macam macam orang sekarang

    ReplyDelete
  22. Sabar yer sis. Mungkin tiada rezeki.

    ReplyDelete
  23. bila kita mengalami macam ni, kita akan anggap takde rezeki..macam saya jugak. tapi, disebaliknya, saya juga terkilan sebab sponsor2 ini adalah dikalangan blogger dan nampak sangat ketidakjujuran dan ketidaksungguhan di situ. saya pernah alaminya sekali dan bila dia kata nak pos tapi tak pos2..saya diam kan sahaja. mustahil lah lupa!
    saya selaku sponsor mana2 GA, akan berusaha cari pemenangnya..inbox di email @ FB dan sedaya upaya buat yang terbaik..kalau terlambat saya akan inform juga.
    Di sini saya mahu para sponsor teliti diri masing2..kalau mahu anjurkan GA, mahu jadi sponsor, sila jujur dan jangan sambil lewa sahaja kerana ini melibatkan harga diri anda sendiri. Kalau pemenang anda sampai 100 orang sekali pun, itu janji yang telah anda buat. Sila selidikinya satu persatu sebelum mempersoalkan yang anda terlupa, anda terlepas pandang. Follow up juga setiap pemenang sama ada terima hadiah anda atau tidak. Sila rajinkan diri kerana ini semua melibatkan ukhwah..
    psst...maaf panjang berjela sebab nak bagi yang berkenaan sedar.

    ReplyDelete
  24. Ermm kekadang bila dah join banyak GA kita jadi tak perasan GA yang kita menang.. alhamdulillah pernah jadi sponsor dan selamat pos barang ke pemiliknya.. ada juga pemenang yang tak menuntut sehingga kini.. jika dia menuntut kemudian hari, nanti Eyda akan bagi juga laa.. kesiankan dah niat nak bagi hadiah kat orang.. ada yang menang GA, sehingga sekarang tak sampai lagi hadiahnya.. tunggu sampai baru nak update entry..

    ReplyDelete
  25. sama la dgn zaza.. sblm ni pernah menang GA tpi xdpt hadiah pun.. dia ckp dah tamat tempoh.. apa nak buat kan! sabar je.. apa yg mama ckp tu mmg betul.. kemungkinan kita diluar kawasan ataupun masalah teknikal. dia sebagai penganjur berusaha ataupun lanjutkan tempoh tuntutan hadiah kalau tak dapat contact kita.

    ReplyDelete
  26. Assalammualaikum. Sbar je lh ...

    ReplyDelete
  27. Sama jugak. Dulu selalu jugak, dah bagi detail apa semua tapi sampai sekarang tak dapat-dapat. Ingat lagi, hadiahnya jam tangan dan blouse kalau tak silap. Ada lagi satu hal, siap dah bagi kita no tracking hadiah tu tapi..... haih sponsor oh sponsor.. Kira bukan rezeki jer la..

    ReplyDelete
  28. selalu jadi macam tu sis.. sabar jelah,mungkin bukan rezeki sis di situ. tapi sebagai sponsor,memang komitmen kita terhadap hadiah dan segmen itu perlu ada. kita perlu sentiasa alert jika ada mesej masuk dari pemenang. kathy pun baru saja kirimkan hadiah untuk para pemenang segemn kathy dan segmen yang kathy sponsor. baru lega rasanya.

    ReplyDelete
  29. Cik Mimie pun ada jgak tak dapat hadiah lagi..malas nk fikir..mgkin bukan rezeki..tapi orang kata dah janji tu mestilah ditepatikan..

    Sabar ye mama...doakan baik2 je untuk orang tu :)

    ReplyDelete
  30. simpati nasib mama
    saya tak pernah mengalami nasih seperti tu sebab belum penah menang
    apapun, setiap yang berlaku pasti ada sebabnya
    mungkin bukan rezeki

    ReplyDelete
  31. inshaAllah ada rezeki yg lain nanti tu

    ReplyDelete
  32. Tak syoklah kalau ada sponsor begitu.
    Tak mengapa, ada rezeki mama di tempat lain :)

    ReplyDelete
  33. saya pernah kena gak macam ni mama. bila saya jadi sponsor, kalau saya x sempat nak hantar lg, memang saya inform dia banyak kali yang saya xde transport << ini je main probs saya.

    tapi kalau dah sampai x berhubung tu susah la..saya pun kdg2 unfollow. eh, selalu. jahat x. hahahahahahhaah. melainkan blog dia memang best

    ReplyDelete
  34. tula kan kak..kalau tak mau bagi hadiah jangan sponosr..penat2 ikut syarat semua,last2 menang tak dapat hadiah.geram..

    ReplyDelete
  35. ikutkan macam x syok kan...tp anggap je la xde rezki..penat kita perah otak kan...

    ReplyDelete
  36. Hehe. Sabaq ja la kak. Takdak rezeki nak buat camna. Biaq orang buat kita jangan kita buat orang :)

    ReplyDelete
  37. Sabar yea mama. Org kalau betul2 nk sponsor, nk bg hadiah, dia buat benda tu dgn ikhlas. Inform elok2 semua. Mungkin boleh jd pengajaran untuk sponsor2 lain termasuk IM juga :)

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.