Kenduri Berjalan Lancar

Seperti yang diwar-warkan, minggu lepas cheq balik kampung sebab ada kenduri.
Bukan emak ayah yang buat kenduri, tapi kakak-kakak cheq tumpang buat kenduri di rumah ayah.
Kenduri sempena anak bujang diaorang dah selamat berkhatan.
Dalam kami 5 beradik, kakak 2 orang ni ja yang menyumbangkan cucu lelaki untuk emak ayah.
Lagi 3 beradik semuanya anak perempuan.
Dan inilah adalah 2nd batch cucu berkhatan.
Yang 1st batch dah jadi anak teruna dah.

Sebenarnya cheq dah tersilap tarik kenduri tapi nasib baik balik awal jugak.
Sampai kampung tengok semuanya dah siap.
Sempat bersembang dengan sedara-mara sampai pukul 2 pagi.
Esoknya sebelum subuh dah bangun.
Pakaikan anak-anak baju yang serupa, senang nak cari dalam ramai-ramai orang tu.

Anak-beranak dalam keadaan comel lagi.
Masuk tengahari dah comot buat kerja kat dapur.
Selesai baca doa selamat, maka acara makan-makan pun bermula la.
Ada ayam masak merah, gulai ikan talang campur nangka, kurma kambing, acar buah dan air tebu.
Pencuci mulut buah pisang dan ada jugak keropok goreng dari kelantan.
Tak sempat nak ambik gambar makanan sebab sibuk layan tetamu.

Porch kereta dah luas jadi tak payah nak pasang khemah.
Separuh daripada cucu emak dan ayah.
Kenduri meraikan khatan dua orang bujang tu.
Seronoknya anak-anak sedara cheq yang berkhatan tu la.
Orang pakat hulur duit. Seribu lebih jugak diaorang dapat.
Diaorang tu sama baya dengan anak sulung cheq.
Kalau si kakak tu lelaki, kompom tidur beratur sama kat atas tilam.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
Walaupun penat tapi seronok dapat berkumpul sanak-saudara.
Kalau ada rezeki nanti nak balik buat kenduri jugak la.

14 comments:

  1. mesti best bila dah kumpul ramai2 kan..happening habis kan..

    ReplyDelete
  2. Tahniah buat mereka yang masuk alam akil baliqh nih :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dah selesai semuanya kan.. anak yang kecik dah lama cakap nak berkhatan.. in shaa Allah dia akan berkhatan jugak nanti.. tunggu..

    ReplyDelete
  4. berkhatan secara berjemaah la ni yer. hehe

    ReplyDelete
  5. Kena sunat. Hihi ape lah perasaan yee. Utg pompuan sunat waktu baby. Haha

    kak, ayam masak merah tu takde lebih eh? Nak mintak pos ni haha

    ReplyDelete
  6. Wah baguslah kalau sudah berjalan dengan lancar :)

    ReplyDelete
  7. best kalau jarag2 sekali brkumpulkan.. riuh rendah...

    ReplyDelete
  8. Wahh.. banyak dapat. Nasib tak terlepas tarikh. Hehe. Comellah pakai baju sama. Pinkishh..

    ReplyDelete
  9. Sekarang musim budak2 berkhatan..hehehe..:)

    ReplyDelete
  10. Nasib baik sempat kak join kenduri. Hehe.
    Ayam masak merah terus teringat tu fevret akak :)

    ReplyDelete
  11. mesti meriah kan.... seronok tengok time anak2 saudara mama berkumpl2

    ReplyDelete
  12. cuti sekolah masa yg sesuai utk berkhatan kan

    ReplyDelete
  13. hehehehe... masa ni lah nak berkhatan. adik2 saya pun berkhatan juga. rasanya dalam mnggu ni. tapi x dan la nak balik rumah. keje banyak. sobs

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.