Siapa Tahu

Tengah duk kemas-kemas tadi terjumpa sekeping CD cerita Korea ni.
Sebenarnya kat zaman universiti dulu memang cheq minat cerita K ni.
Sanggup guna duit PTPTN beli CD tapi yang cetak rompak punya la.
Bila dah start masuk kerja, tinggalkan kisah-kisah K ni.

Malam ni boleh plak terjumpa CD ni. 
Cuba nak mainkan  tapi dah tak jalan sebab calar teruk dah.
Dah terlupa cerita ni tajuk apa.
Tapi yang tahunya ada pengambaran kat Bali.


Semua cerita Korea ni lebih kurang sama ja jalan ceritanya.
Si gadis miskin kena bekerja sebab nak bayar hutang keluarga.
Lelaki kaya jatuh cinta dengan gadis miskin.
Pada masa yang sama gadis kaya mengejar cinta lelaki kaya. 
Gadis miskin dalam dilema memilih cinta antara lelaki kaya dan lelaki miskin.
Akhirnya dia memilih lelaki miskin.
Damm, dammm...gadis dan lelaki miskin mati kena tembak dengan lelaki kaya.
Agak-agaknya paham tak apa yang cheq tulis ni.

Ada tak kawan-kawan blogger kat sini yang pandai baca bahasa korea ni.
Cerrrr translate sikit tajuknya tu.
Cheq nak cari dalam you tube, kut-kut ada.

19 comments:

  1. Alohhh ai bukan peminat kpop~ So tak tahu. haha tapi nak komen jugakkk :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...akak ni pun setakat minat ja tapi taklah sampai nak belajar bahasa diaorang ni

      Delete
  2. Yang saya tau cite korea dedulu yg ada shoot kt bali tajuk dia memoir of bali. X pasti la betoi ka dak. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah jumpa ceritanya. Tajuknya What Happened In Bali.

      Delete
    2. hehe. layan balik la pasni ye kak.

      Delete
  3. lama dah x layan citer korea sejak dah berkahwin ni..huhu x tahu langsung bahasa korea. sori mama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni pun cerita lama, layan masa zaman universiti lagi..tahun 2006 kut cerita ni

      Delete
  4. Replies
    1. Sekarang ni pun saya jarang jugak layan drama korea, setakat tengok running man ja.
      Ni cerita lama, nak imbas kembali.

      Delete
  5. alamak....sis JM ni pandai tgk citer korean tapi kalau minta bacca bahasa hangul tu mmg failed ahaha

    ReplyDelete
  6. masa peknen anak sulung aritu rajin sangat tgk korea..sekarang..trus tak layan..siap alergik lagi uhuhu

    ReplyDelete
  7. mmm saya pun rsa yang sama jalan cerita korea.

    sebab tu kurang minat cerita korea :(

    ReplyDelete
  8. Hohoho..Cik Mimie zaman kolej je dulu layan korea ni..skrg dah tak dah...hahaha..xde geng ..

    ReplyDelete
  9. huhuhu dah lama tak layan citer korea.. sesekali jer tengok kalau terbuka channel yang ada citer korea dan tak de pilihan citer lain..

    ReplyDelete
  10. memories of bali! favorite saya kot. dua2 hero pun suka. dulu pernah main kat ntv7. saya pernah dok ulang tengok kat website mysoju. tapi sekarang website tu dah tak dak.
    google tadi jumpak website ni. boleh tengok online.

    http://dramacrazy.eu/korean-drama/What_Happened_In_Bali

    ReplyDelete
  11. satu lagi jalan cerita... lelaki kaya yang berlagak sombong tapi akhirnya akur jatuh cinta... sha suka tengok ulang2 citer Jewel In The Palace kat http://www.maaduu.com/... citer tentang seorang gadis yang nak sangat jadi tukang masak istana....

    ReplyDelete
  12. Lebih kurang macam jalan cerita untuk filem hindustan. cuma korea nie agak kurang part2 menari dengan lagu.Effect tumbukan si hero pun kurang. kalau filem hindustan, si hero sekali tumbuk je dah terpelanting terus KO si penjahat.

    ReplyDelete
  13. ana pulak kurang layan citer2 korea. kalo jepun ana suka hehe

    ReplyDelete
  14. IM tak belajar bahasa korea. Mandarin pun gagap2. Hehe. Lama tak tengok drama korea yg baru. Asyik ulang yg sama kalau boring. Hehe

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.