Celebrate Birthday

30 November yang lepas adalah birthday si adik Diyanah.
Haritu juga kami sekeluarga on the way balik kampung.
Sepanjang perjalanan, si adik ni duk request macam-macam kek.
Kejap kek gambar sofia, kejap frozen..pas tu nak gambar princess.
Tak tetap pendirian langsung.
Bila adik dah tidur, aman la sekejap dari dengar bebelan dia tu.

Dari Kelantan terus ke Arau untuk cari kek adik.
Dah jumpa kek tapi tak menepati citarasa adik plak.
Cik husband dah tak larat nak drive mencari.
So, pesan jer la kat adik cheq di Alor Setar untuk beli kek.
Dah siap pesan nak kek ala-ala princess ja.

Sampai rumah emak ayah, terkejut tengok kereta penuh kampung.
Rumah pun terang-benderang.
Sanak-saudara dah siap berkumpul.
Rupanya esok dah kenduri, cheq yang silap hari.
Ingatkan lusa baru kenduri.

Sanak-saudara ramai, adik cheq plak beli kek yang 1/2 kilo jer.
Dah tu gambar upin ipin.
Nasib baik adik kenal jugak kartun ni.
Sebelum bermulanya acara tiup lilin dan potong kek.
Ayah cheq a.k.a tokwan baca doa selamat dulu.
Alhamdulillah, kali ni sambut besday adik di negeri kelahirannya.
Negeri Perlis.

Kek upin dan Ipin. Disponsor oleh maktam.

Si adik yang amat pemalu. Nak plak orang duk
tengok dia, tak jadi nak tiup lilin.

Acara potong kek. Macam abah ja yang lebih-
lebih

24 comments:

  1. happy birthday adik :) semoga membesar dengan cantik, cerdik dan baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ untie sha.
      Cantik macam mama..hahaha

      Delete
  2. Replies
    1. Memang sedap keknya.
      Merasa la sorang sikit sebab ramai orang malam tu.

      Delete
  3. Haha..comel adik..happy belated birthday to adik..moga jadi anak yg baik dan solehah..amin

    ReplyDelete
  4. Happy birthday Diyanah.. upin dan ipin.. Firah pun suka.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq akak ct.
      Berebut nak part muka upin ipin.hehehe

      Delete
  5. Biarlah...abahnye dulu sambut birthday x semeriah anak-anak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau takda abah, tak terpotong kek tu. Nak abah jugak ada sekali.

      Delete
  6. Mama, saya berkenan sangat tengok kek ni.
    Nak tanya, gambar upin ipin tu lukis ke tampal?

    ReplyDelete
  7. happy belated birthdy adik! ^^

    ReplyDelete
  8. Happy birthday Diyanah.. semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat..

    ReplyDelete
  9. Cantik laa lukisan upin ipin tuh.. pandai orang yang melukisnya..

    ReplyDelete
  10. seriously dari kelantan sampai arau carik kek? Terbaikkk lah
    Comel lah anak akak, gerammm

    Nanti birthday nak kek upin ipin jugak lah, haha sangat tak matang!

    ReplyDelete
  11. Perlis kat mana mama? Heheh. Comelnyaa kek. Nampakla si adik memalu. Hehe

    ReplyDelete
  12. Happy belated birthday Adik diyanah :)

    ReplyDelete
  13. Comey :)
    Happy belated birthday adik ^.^

    ReplyDelete
  14. happy belated besday Adik diyanah..semoga membesar dgn baik ye

    ReplyDelete
  15. hehehe. awat Diyanah. malu-malu pula... >.<

    happy belated birthday. moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan membesar jadi anak yang solehah. aamiin :)

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.