Dah Complete

Selesai tugas 24 jam pagi ni.
Sampai sekarang pun masih belum boleh tidur.
Balik rumah kena selesai kerja kat rumah dulu, uruskan anak-anak dan cik husband.
Utamakan rumahtangga dulu.

Nak cerita pasal persiapan sekolah.
Tahun depan kakak Dinah akan masuk darjah 2. 
Alhamdulillah, dah dapat lompat masuk ke kelas yang lebih baik.

Persiapan kakak ke sekolah dah lengkap dibeli.
Stail cheq ni jenis beli sikit-sikit.
Jumpa jer, kalau ada duit terus beli.
Kalau nak beli sekali semua, memang terasa terbang sekejap ja duit tu.

Percaya tak, baju sekolah tu harganya RM5 jer sehelai?
Pada anggapan cheq, diaorang letak harga gitu maybe kainnya nipis ke hape ke.
Bukan setakat pegang ja, siap tarik-tarik lagi kain baju sekolah tu..memang kainnya ok.
Tak pecah dan tak nipis atau jarang.
Apalagi terus sambar 3 helai.
Rasanya baju ni ada jual kat Pekan Simpang 4, Perlis ja kut.




Peralatan tulis tu beli di kedai dekat rumah cheq ja.
Beli ja terus cheq sembunyi.
Kalau tak kakak dah ambil guna dah.
Peralatan menulis ni cheq suka beli banyak-banyak sebab malas nak beli banyak kali.

Semuanya beli serba 2, takut tak sempat nak salin.
Beg sekolah jer tak beli sebab masih baru. Boleh pakai lagi.
Buku sekolah pun tunggu koperasi bukak dulu, baru boleh beli.

Rasa lega bila dah selesai awal-awal ni.
Kalau lambat-lambat nanti mesti orang ramai dan berebut-rebut.

Psssst : ada kawan blogger tanya, " kenapa kerja sampai 24 jam ?". Inilah tugas seorang penjaga keamanan negara. Terpaksa tinggalkan keluarga dan anak-anak.

24 comments:

  1. seronok tengok persiapan sekolah tu..wana pun x sempat lagi nak belikan untuk anak2 buah kesayangan wana..putri,waie dan izat..insyaallah nak belikan juga hadiah dari ucu bb(panggilan anak2 buah utk wana)..^_^..

    selamat beristirehat ya mama

    ReplyDelete
  2. wahh. dah setel barang sekolah anak anak sis :)

    ReplyDelete
  3. betol2..settle awal2..nanti seminggu nak bukak sekolah mesti penuh bersesak org beli baju sekolah.hehe..

    ReplyDelete
  4. Senangkan kalau dah siap awal2..takyah dah nak pk.. boleh fokus hal lain pula

    Salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  5. soalan saya tu,.hehe..oo gitu eh..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah... mak bapa dah start kalut dah ni..

    ReplyDelete
  7. Betul mama, sue kalo beli brg sekolah pun beli sikit2..kalo sedebuk beli mmg terasa duit mengalir mcm air terjun.

    ReplyDelete
  8. SA pun dah complete dah beli barangan baru untuk sesi persekolahan Dania...walau ayahnya bg duit x cukup tp x per la..nanti mama tambah duit buku...

    ReplyDelete
  9. wahhh siap dah, bagus-bagus siapkan awal-awal...heee...

    ReplyDelete
  10. dah tak dah nak bukak sekolah ni

    ReplyDelete
  11. wahh bagusnya akak dah siapkan barang-barang sekolah anak-anak..

    nasib anak saya kecik lagi...saya pun jenis suka beli awal, beli siap2.. ^^

    ReplyDelete
  12. mama masih bekerja keras menyiapkan baju sekolah anak ni.. hihi

    ReplyDelete
  13. mamamyja pon dah siap beli semua. heheh, sama lah kita suka beli banyak2. senang malas nak keluar ke kedai nanti.

    ReplyDelete
  14. okey la tu mama persiapan semua dah ready!! anak2 mesti heppy bila dapat tahu hehe..

    ReplyDelete
  15. Seronoknya..teringat time skolah dulu..time ni paling seronok sebab semua dapat barang yang baru2..hehehe :)

    ReplyDelete
  16. mama...serius RM5 je???? smlm beli sikit2 juga 4 org terasa duit keluar mcm ayaq ja :)

    ReplyDelete
  17. serius?? just RM5 je.
    oklah..y penting kita bijak membeli..y murah x semestinya x bkualitikan..

    ReplyDelete
  18. mama yang terbaik untuk family.... biar betul ada baju harga rm5 macam tak caya jer....

    ReplyDelete
  19. murah sgt tu RM5..harga sis JM beli mkn tgh :-)

    ReplyDelete
  20. Papaglamz bw di sini. Jom terjah Papaglamz

    Assalamualaikum

    Tahukan anda 3 daripada 100 orang di dunia ini menghidap penyakit migrain? Kajian yang dilakukan oleh World Health Organisation menunjukkan penyakit migrain juge merupakan antara 3 penyakit utama dunia.
    Baca lagi.......

    http://www.papaglamz.com/2014/12/10-fakta-yang-anda-perlu-tahu-tentang.html?m=1

    ReplyDelete
  21. Bagusnya kalau harga murah tapi kualiti baik.

    ReplyDelete
  22. Saya teringin nak buat baju sendiri.
    Takyah menempah bazir duit je.

    ReplyDelete
  23. bagus cara akak belanja barang untuk kakak. menang membeli, menang memakai :)

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.