Alhamdulillah

Setelah 4 hari berendam dalam air banjir, semalam air dah surut.
Seksanya hanya Allah yang tahu.
Walaupun keadaan cheq tak seteruk mangsa-mangsa lain.
Masih ada rumah sendiri untuk berteduh.
Cuma bekalan elektrik dan air bersih yang tiada.



Ada hikmah jugak berlakunya banjir ni. 
Kalau sebelum ni kami penghuni blok ni akan berjumpa time pagi nak pergi kerja.
Itu pun sekadar angkat kening dan senyum ja.
Sepanjang banjir ni, kitaorang boleh berkumpul dan cari inisiatif nak keluar redah banjir cari stok makanan.
Beli lilin, pakat kongsi ramai-ramai.
Beli pinggan/cawan polisterine bahagikan sama banyak.
Tolong angkut air naik untuk penghuni yang lebih tua.
Dapat mengeratkan sillaturahim dan bantu-membantu.

Alhamdulillah...

17 comments:

  1. alhamdulillah. ada hikmah di sebalik ujian ini :)

    ReplyDelete
  2. alhamdullilah...moga sume slmt dan dipermudahkan

    ReplyDelete
  3. hikmah disebalik banjir...alhamdulillah semua selamat kan.

    ReplyDelete
  4. ada tersirat perkara mcm ni allah nk bg kat kita ya..subhanallah semakin irat tali persaudaraan kan..ada hikmah yg tak kita ketahui..betul tu setuju

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..syukur kehadrat Ilahi. lega bila tgok keadaan pulih spt sediakala.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah. pasti ada hikmah di sebalik ujian. smg mama terus tabah diberikan kesihatan yg baik untuk meneruskan kehidupan slps banjir insyaAllah.

    ReplyDelete
  7. Allah beri ujian ats dasar 3 perkara. peningkatan darjat, peghapusan dosa dan bala/istidraj. masing2 dgn bahagian masing2. rasanya jadi bersih pula kawasan perumahan kan ^^

    ReplyDelete
  8. Ada hikmah disebalik semua ujian Allah.. Alhamdulillah,ia dapat menegeratkan hubungan sesama manusia

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah, ada hikmah disebalik kejadian.

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah ada hikmah disebalik apa yang terjadi ni kan mama..

    ReplyDelete
  11. hehe. saya tengah bayangkan jiran2 angkat kening je >.<

    alhamdulillah. setiap yang berlaku ada sebabnya sendiri kan ^^

    ReplyDelete
  12. ouh.. terima kasih kak sharing,, dapat beringat buat Wardah..dengan jiran-jiran, kene rajin bertegur sapa.. ^_^ wardah jarang buat tu. hoho. XD kene praktikkan ni! :)

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah. Allah selit hikmah dalam setiap ujian. Kita rasa susah tapi sebenarnya ada rasa bahagia yang Allah beri untuk ganti rasa susah tu, insyaAllah. Moga Allah beri kemudahan untuk semua yang terlibat.

    ReplyDelete
  14. Angkt kening ye..hehe. lps nie da bole btegur sapa :)

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah dah surut airnya..
    kami di bahagian lain dapat tolong apa adanya harap membantu.
    banyak jalan yang rosak teruk kan ?
    kesian dekat yang totally hilang rumah tu T.T

    ReplyDelete
  16. Dalam kesusahan ada kesenangan InshaAllah :)

    Air naik smpai tingkat berapa kak

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.