Bersedia

Assalamualaikum....
Dah mula bersawang blog cheq ni, lamanya tak menaip entry baru.
Bukannya takde cerita baru tapi kerana kekangan masa.
Sekarang ni tengah busy dengan keadaan banjir di Kelantan.
Jadual kerja pun dah berubah, sekarang ni dah tak tentu masa dah.

Dijangkakan banjir ini akan berlarutan dan akan masuk gelombang ke 3.
Walaupun dah berkurangan mangsa di pusat pemindahan tetapi paras air di sungai semakin naik.
Takut akan berpindah semula ke pusat pemindahan.
Jikalau empangan Perga di Jeli dibuka, tak mustahil bandar Kota Bharu pun akan ditenggelami air. 
Kena bersedia la dari sekarang.

Sungai Kelantan - Rumah pelampung dah nak
naik atas jalan.
Tok Aman Bali

Sedih tengok mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan.
Tidur berhimpit-himpit beralaskan tikar.
Tak cukup makan minum, tak selesa.
Paling sedih bila dah balik rumah, tengok keadaan rumah berlumpur.
Semoga diorang tabah hadapi dugaan ni.

Keadaan salah satu penempatan mangsa.

Bumbung rumah yang diterbangkan angin kuat.

29 comments:

  1. inna lillah wainna ilaihirojiu'n... Allah sedang menguji hambaNya

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar..besar sungguh dugaanNya..mereka insan terpilih. Semoga mereka tabah..

    ReplyDelete
  3. Innalilliah...semoga mereka yg terlibat byk berbsr...yg penting keselamatan anak2 perlu dijaga..jgn dibiarkan main banjir..banjir bukan pesta seperti yg diwar2kan..bahaya sebenarnya

    ReplyDelete
  4. sedih bila mendengar berita macam ni..agak teruk musibah kali ni..lagi sedih bila rumah dibanjiri lumpur

    ReplyDelete
  5. Betul mama, sedih tgk mangsa banjir. Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul. Smg semua mangsa banjir tabah menghadapi ujian ini...

    ReplyDelete
  6. Semoga banjir di kelantan kembali pulih seperti sediakala..Take care Mama :)

    ReplyDelete
  7. Allah. moga moga banjir di kelantan semakin pulih :)

    ReplyDelete
  8. Takpe...take ur time...
    apa2 jaga diri..
    Sama lah kat Ganu ni pon bakal hadapi gelombang kedua dan ketiga...
    Moga kite semua di bawah lindungan Allah~ Aminnn

    ReplyDelete
  9. semoga mereka yang dilanda banjir akan tabah dan bersabar..

    ReplyDelete
  10. rindu sangat2 family dikelate... bila taw keadaan banjir lagi2 la nak baik kelate tapi keadaan tak mengizinkan lagi nak balik... sedihhh sangat....

    ReplyDelete
  11. kesiannya mereka.. semoga mereka tabah

    ReplyDelete
  12. semoga kita semua tidak memandang banjir ini hanya setakat banjir, alam yg dah tak bersih tapi sbg salah satu amaran dr Allah supaya terus bertaubat dan serahkan sgala kepadaNya. Ampun ya Allah

    ReplyDelete
  13. inna lillah wainna ilaihirojiu'n... smoga mereka semua redha dan banyak bersabar.

    ReplyDelete
  14. Semoga semua mangsa banjir tabah dengan dugaan nih.. banjir yang terburuk tahun nih.. jadinya semua orang yang terlibat kena sentiasa berwaspada..

    ReplyDelete
  15. Ya Allah kesiannya.. kenapa? bantuan tak sampai ke sampai makan pun tak cukup. Mohon pihak2 berwajib tak kira apapun parti politik untuk bantu. Jangan keluar tv jer baru tunjuk muka

    ReplyDelete
  16. mereka tabah :)
    Ujian name nye. In shaa Allah, nanti okay lah tu. :)

    ReplyDelete
  17. ya allah.. semoga tabah buat mangsa2... ujian dri allah

    ReplyDelete
  18. Semoga tabah menghadapi semuanya ..

    ReplyDelete
  19. berat mata memandang, lagi berat bahu yang memikul. semoga tabah.

    ReplyDelete
  20. innalillah semoga tabah Allah sedang menguji kamu semua. sentiasa dan teruskan berdoa

    ReplyDelete
  21. Dugaan..:( tabah lah..dan bersabar..insyaallah moga semua selamat k

    ReplyDelete
  22. Mama masih kena bertugas? Moga dipermudahkan semuanya. Moga bantuan dan pertolongan dapat kat sana.

    ReplyDelete
  23. semoga mangsa banjir tetap tabah dan sabar menerima ujian ni..

    ReplyDelete
  24. masha ALLAH. teruk juga anginnya. ada kat facebook kot saya tengok, rumah siap terbang lagi naik atas umah orang.

    ReplyDelete
  25. Hrp2 smuanya suda mula dibaiki

    ReplyDelete
  26. rumah pelampung tu apa ? nanti dia terapung sajalah eh ?

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.