Rela Dalam Terpaksa


Disebabkan tak balik kampung untuk beraya, so cik husband pun ajak pergi Kuala Terengganu. Sebabnya dia nak tengok live match bolasepak antara JDT dengan Terengganu. Pada mulanya nak singgah dulu tengok anak sedara baru sambil lepak-lepak kat situ tapi diaorang dah balik Rompin untuk beraya. Cheq dah berat hati nak pergi. 

Setelah dipujuk dan dipaksa oleh cik husband, ikut lah kami anak-beranak. Sampai Kuala Terengganu dah petang, terus check in hotel. Lepas maghrib, tinggal la kami anak-beranak dalam bilik hotel. Dah la tingkapnya menghala ke Kamping Cina, punya la bising dengan orang India berarak. Memang mood dah hilang.

Bilik mengadap Kampung Cina, alahai bosannya.

Anak-anak pun dah bosan, main sambil makan jajan.

Anak-anak pun nampak gaya macam boring duk dalam bilik. Habis telepon hotel dibuatnya main. Nasib baik cik husband balik bawak kambing panggang kesukaan cheq. Terubat sikit rasa marah kena tinggal lama-lama dalam bilik hotel.

Tengok tangan si kecik tu. Dia dulu yang tarik bungkusan ni.


Lepas ni memang taknak ikut dah kalau setakat kena tinggal dalam bilik hotel. Tapi tak sampai hati pulak nak biarkan cik husband drive sorang-sorang. Tengok ja la kat tv, senang cite.

Pantang jumpa cermin. Nak turun breakfast, adik dan baby belum mandi lagi.

Dah nak check out. Bye-bye terengganu, nanti kami datang lagi.

Adik tak puas hati, tak dapat naik kuda kali ni .

On the way balik, jumpa bas yang unik ni. Klasikk...

17 comments:

  1. raya-raya pun ada game jugak noh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Piala Malaysia suku akhir pertama. Nak habiskan sebelum masuk tahun baru..tu yang pulun tu.

      Delete
  2. Kesian mama kebosanan dok dlm bilik hotel...yg bus tu mmg kladik...first time tgk^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yang taknak ikut. Kalau lepak rumah adik ipar ok lagi.... kat terengganu ja ada bas tu

      Delete
  3. heheheh rela dlm terpakse ye mama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksa rela ikut jugak. Kang jadi apa-apa tengah jalan, cik husband sorang menyesal tak sudah...hehehe

      Delete
  4. sedapnyer kambing bakar tu, mamamyja pon suka juga. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun makan yang bakar ja, kalau buat gulai, sambal ke saya tak makan..;-)

      Delete
  5. first time nampak bas tu, haha ok klasik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah satu tarikan di terengganu. Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat yang menarik, cuma tak sempat nak pergi.

      Delete
  6. Kalau xde anak mgkin suka je ikut kn..

    ReplyDelete
  7. kalau CN pun bosan, pernah ikut encik suami mencandat sotong, dia pegi laut, cn duk dalam bilik hotel berdua dgn anak, selamat 1 mlm jer, kalau tak mmg takmo ikot..hehe

    ReplyDelete
  8. Kerana terpaksa aku relakan. Hehe. Lama tak singgah blog akak :)

    ReplyDelete
  9. sedapnya kambing tu... lama tak makan kambing. hehehe

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.